Sunday, January 9, 2011

kamera baru



okay.saya nak kamera baru.

saya nak sangat sangat kamera baru.

kesimpulannya saya memang nak jugak kamera baru walaupun hakikatnya saya akan menghantar kamera vintage Lumix saya untuk dibaiki.hehe.

Masalahnya... D90 ke Lumix GF-1 ke...Lumix GF-2 ?

Kalau besar-besar sangat nanti...mesti end up tak bawak g mane2.tu yang tension tuh.erghh...blur blur blur.

tapiiii...tetap nak kamera baru ! yeah.

Tuesday, January 4, 2011

effortlessly fashionable.

my last post was may 4th? what a LOSER.

i need to update more about myself.i need to stop giving excuses that im a busy lady..coz everyone is.but i ammmmm truly busy.hehe.

i got the chance to really 'surf nowadays' and my current search is :-

1. hana tajima - cute japanese-english muslim fashion designer.check out her tutorial on youtube.

2. Aishah amin - the new hijab fashionista in town.she is sooo cool.do check her outfit :)

3. Scarflets - a group/community for hijabians who loves fashion and stuffs.their kinda new hopefully mane new updates from them.would <3 to join them someday.this is one of the members blog.i found them by coincidence.

really wish i could be as fashionable as all of them.pheww..dun think i have the courage though.or maybe coz im not thin enough?personally..i do think the thin-s and the skinny-s look good in everything they wear.looks are bonus.or maybe its just me who is low of confidence.but i am indeed FAT.

mind me.then my new years resolution is .... getting THIN !

pftt.we'll see.

Tuesday, May 4, 2010

Blogger Famous

Skang ni semua org nak blog.besepah blog sampai semak mata.semak tu bukan ape..sebab taktau sape yang bebetul blog sebab nak blog atau blog semata-mata nak kutip duit nuffnang je.sampai 3-4 kali post sehari...tapi post jadi hampeh dan kosong.macam sekam padi.golongan ni 'kononnya' akan pergi blogwalking dan tinggalkan link atau msg dalam shoutbox.pastu berbalas-balas la klik-mengklik dan sebagainya.Ini untuk yang blogging khas nak collect traffic je.

Kalau blogger famous macamane plak ? haha.

Blogger famous dia akan blogwalking jugak..tp tulaah dekat blog-blog yang pemes juga ler.baru la setaraf beb.dia takkan exchange link ngan org yang terdesak ajak2 exchange link.dia akan PILIH link yang dia nak letak kat blog dia.they got the power.blogger famous ni kekadang takde shoutbox pon coz dia menyampah ngan org2 desperate yg suke dok blogwalking..pastu tinggalkan msg annoying macam

"hye..i dah link you.linked me back ya"
Jangan ko mimpi dieorang nak layan.hahaha.pastu dierang takde masa nak layan sesi Q & A nih.dierang bukan kaunter pertanyaan...tapi oleh sebab skang dah ade formspring..so dierang pakai la.baru la teknologi sket...korang leh la tanya soalan2 femes kat situ.jangan email2..dierang bo layan nanti.kat formspring tu bole la tanya...
" leh x jadi adik angkat ? "
haha.pissed off la dierang beb.tak standard lansung soalan korang ni.soalan gila haprakk.pastu jangan harap la dierang nak balas comment satu-satu.telampau banyak beb..tak telayan.
dah la.end of shit.
nota kaki : aku ni blogger tak femes je.nak guna nuffnang pon tak reti.phewww!

Tuesday, April 27, 2010

ILMU HIDUP - Anak

It's been a while.nampaknye azam nak menjadi blogger tegar yang update post setiap hari adalah sedikit sukar.bz je memanjang...banyak giler keje nak buat rasanya.lagi-lagi sejak dah ada online biz ni iaitu The Hijabians so makin banyak la keje.kena bahagi masa antara keje realiti,imran dan online biz.

Anyway ada cerita menarik untuk diblog kan harini.Minggu lepas hari sabtu tak silap..ada terbaca dalam Metro pasal sorang ibu muda berumur 42thn yang mempunyai 13 org anak.giler KAGUM ar dengan dia.one thing pasal dia..dia menjelaskan yang dia suka dan seronok ada anak ramai.dan yang bagusnya...dia melengkapkan diri dia secara mental dan fizikal untuk jalan yang dia pilih iaitu - anak ramai.so..itu menunjukkan peribadi dia yang dia dan suami dia sangat bertanggungjawab dengan keputusan dan pilihan peribadi dia.itu yang buat aku KAGUM dan HORMAT.
Sekurang-kurangnya dia bukan orang yang anak berderet-deret lepastu mengadu kat suratkhabar yang hidup dia daif dan perlukan bantuan kewangan.tak respek siot.bukan pula aku ni takde hati dan jiwa.bukan aku tak kesian.tapi orang macamni tak bertanggungjawab dengan keputusan dia sendiri.bagi aku la...jgn sesekali salahkan takdir.sesungguhnya kita yang mencorak takdir kita sendiri.maka kita yang bertanggungjawab atas kewujudan dia dalam janin,kelahiran dia,tumbesaran dia,pembelajaran dia.kita jangan menafikan hak dia.adalah hak dia untuk mendapat yang terbaik dari kita.kalau dia besar sikit..kite nak suruh dia buat hal sendiri pulak ?kita yang bertanggungjawab memberi yang terbaik untuk dia dari kecil sampai dewasa.kalau sekadar ada lepastu biarkan sepah sini sana..masya Allah lebih baik tak payah.
Topik ni aku tau mmg sensitif dan subjektif.aku bukan anti org anak ramai.BUKAN.aku rasa aku rasional.aku respek kalau orang tu suka ada anak ramai untuk memeriahkan keluarga dia sendiri dan dalam masa yang sama dia menjaga,mendidik,mengasuh anak dia dengan penuh tanggungjawab dan dia tetap boleh memberikan yang terbaik untuk anak dia dari semua aspek.
Kita kena melalui untuk merasainya.sebab tu ade sesetengah orang ada anak dia kaget dan bingung.macam aku sendiri..aku mengaku yang aku ada sikit2 PND dan 'baby blues' sewaktu mula-mula melahirkan imran dulu.sebab aku tak biasa.tengok je orang bela anak macam senang...alahh kacang je.itu anak orang beb..anak sendiri lain okeh.kita kena berani hadapi realiti.kita kena berani cakap yang sebenarnya ada antara kita ni tak mampu dan tak layak ada anak.sebab tu lah banyak jadi kes buang anak ,dera anak etc.So kita jangan sempitkan diri kita dengan benda negatif.kita jangan hadkan diri kita untuk mencari ilmu hidup seperti PERANCANGAN KELUARGA.ia bukan TABOO
tapi ia perlu.ilmu hidup keibubapaan lain ialah BREASTFEEDING.kena ambil tahu kenapa ianya penting.mustahil ianya dicatat dalam Al-Quran hanya untuk sia-sia. cara hidup sekarang bukan seperti dulu.tengok je kecanggihan dengan internet dan media massa.semua tu pengaruh kehidupan.secara personal aku rasa macam budak-budak zaman sekarang sangat 'struggle' semata-mata untuk menyesuaikan diri dierang dengan persekitaran dan kawan-kawan.semua orang nak jadik 'somebody'.budak 8thn tgk porno..bawak CD porno pegi sekolah share ngan kawan2.hebat tak ?tak percaya?? ya..itu generasi kini.kita nak kekang anak dari anasir negatif itu setiap parents ada cara mereka tersendiri.anak aku pon belum tentu.sampai aku selalu cakap dengan encek wan...kita cari duit banyak2..nanti anak da start sekolah kita pindah kampung nak...takyah duduk kat KL ni lagi.bukan apa..sakit mata dan sakit hati dengan perangai anak remaja terkini.TAPI...hakikatnya kat kampung sapa yang tahu alkisahnya?aku mmg takda kampung..aku lahir kat KL je.tapi merasa la balik kampung org lain...contoh dalam satu kampung ade 30 buah rumah.10 buah rumah tu ada anak luar nikah yang BUDAK SEKOLAH MENENGAH lahirkan.20 buah rumah tu setiap satu ada anak yang jadi penagih dadah TEGAR.tak percaya lagi ?? ini realiti.aku sendiri kejutan budaya masa mula-mula dapat tahu.KL pon tak canggih camni.So kesimpulan yang aku buat tempat bukan ukuran.bandar ke..kampung ke...bukan kita untuk menilai.tapi cara hidup kita dalam keluarga yang akan mempengaruhi kita sampailah kita dewasa nanti.aku banyak tengok ada keluarga yang anak ramai ke anak sikit ke yang mana anak-anak semua berjaya dalam akademik dan kehidupan...satu je tunjang dia yakni ILMU AGAMA.aku pon berharap aku dapat menyempurnakan kehidupan Imran.Wallahuallam.


nota kaki : tapi kalau duit da banyak nanti tetap nak pindah gak.nak pindah kat rumah tepi laut.hehe

Tuesday, April 20, 2010

Harijadi

suku abad.itu aku.omg
aku dah suku abad harini.25thn.tak sangka cepat sungguh masa berlalu.aku rasa masih di alam remaja...suka-suki-sana-sini.rupanya semuanya dah berlalu..haha.aku hidup dimasa kini.bersama suami dan imran.aku sedih jugak la..sebab ada banyak lagi perkara yang tak terlaksana dalam hidup aku.aku masih disini.aku masih tak kejar impian aku..apa yang aku nak jadi.aku masih berusaha.
tapi syukur alhamdulillah...aku masih hidup sampai harini.takda sebab untuk aku tak berterima kasih dan mensyukuri-NYA.setiap kali harijadi..kita makin tua.tahun berlalu bagai bulan.rasanya baru semalam mengadap harijadi yang lepas..harini sudah harijadi tahun ini.masa oh masa.tak terkejar aku dibuatnya.
hidup kita sebagai manusia penuh dengan impian dan cita-cita.samada kita tak serius mengejarnya atau kita taktau cara sebenar meneruskannya.aku tak pasti aku dimana.mungkin aku selalu memberi alasan.alasan dalam hidup.itu ini.sibuk..takda masa..tak sempat.maka kalau aku terus macamni aku takkan dapat mencapai impian aku sampai bila-bila.
dan tak dapat lah nak tengok nama aku sendiri atas kulit buku impian.eh aku bukan riak atau gila glamer pulak.takda masa nak layan.aku minat la..mmg minat.dah tau apa impian aku?

lu pikir lah sendiri. :p

nota kaki : selamat harijadi untuk diri sendiri.muahaha

Thursday, April 15, 2010

Kekesalan

Secara seriusnya aku taktau nak blog tentang apa.aku selalu macamni bile depan pc aku akan automatik jadi blur tak pasal-pasal.
Aku nak blog pasal hidup aku..aku rasa hidup aku berlalu terlalu pantas.dan aku masih macam dulu.aku masih seperti 2-3 thn dulu.tak banyak perubahan.azam-azam yang tidak terlaksana sepenuhnya,tiada transformasi drastik mengubah hidup.itu aku.yang paling hebat yang berlaku ialah kehadiran IMRAN , dah tentu.Tapi bila imran pon dah nak masuk 11 bulan tak lama lagi..aku kaget.masa berlari mengatasi aku lagi.Bulan depan Imran genap 1thn.shit.gile cepat...serious!aku mcm tak ready.aku rasa nak freeze kan masa yang ada.aku tak puas lagi dengan keletah dia.aku tak puas nak peluk dia..gendong dia...cium dia..breastfeed kan dia.Aku sedih tak pasal-pasal.bbukan aku taknak dia besar cuma aku rasa tak luangkan cukup masa dengan dia.
Cerita pasal masa..sebenarnya banyak bende yang aku nak ubah seandainya aku punya peluang untuk memutar masa.hakikatnya tidak...kita sebagai manusia kena bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan kita sendiri.kita kena menerima perkara yang lepas sebagai perkara yang telah berlalu dan takkan berulang lagi.tapi adalah tanggungjawab kita juga untuk tidak mengulang kesilapan yang sama nanti.
Ada perkara yang aku tak buat tapi aku nak buat..dan ada perkara yang aku dah buat dan aku harap aku tak pernah buat.tapi tu sume tak mungkin kan ?Aku sendiri adalah anak yang bertuah kerana segalanya cukup serba-serbi.Aku tak punya adik..aku tak ramai kawan sejak sekolah rendah.Dunia 'perkawanan' aku sungguh kecil.sepupu-sepupu aku lah BFF aku.pakwe aku..selepas tu tunang dan kini suami aku pon lah BFF aku.Bila Imran hadir gembira dan 'blur' dalam masa yang sama.aku takde pengalaman lansung.dan aku takde sape nak tolong aku..kecuali suami aku.hari-hari awal..dia lebih pandai menjaga imran..melayan imran..tukarkan pampers imran.aku masih dalam 'mode' blur.nasib baik dia ada (dalam hati aku berkata).Semakin lama aku mula belajar dan pandai menguruskan imran.
Tapi...mungkin kerana di hari awal tu aku mengalami baby blues dan jadi zombie di malam hari..dan aku berpantang seorang diri maka menjadikan aku trauma.hmm..aku rasa pelik.ada 2-3 keputusan aku yang aku menyesal sampai harini.tapi aku takkan boleh mengubahnya.hakikat itu pasti.tapi masih belum terlambat lagi?aku akan buat apa sahaja untuk memperbaiki kesilapan aku..demi Imran.
Aku taknak jadi orang yang gagal semata-mata kerana dah terbiasa berada di 'zon selesa'.aku pon nak cuba buat keputusan yang betul..berfikir masak-masak sebelum buat keputusan..kerana aku dah penat nak menyesal tentang perkara-perkara lepas.sebenarnya..kita sebagai manusia sering membuat keputusan mengikut nafsu dan amarah kita.boleh ke nak ubah?boleh tapi susah..dan benda susah manusia akan cepat bosan.aku harap aku
tak....bosan.

Friday, April 9, 2010

entomophobia

entomophobia = fobia kepada serangga.

so aku entomophobia.secara terang dan telusnya cockroach-phobic.tapi dah google tadi takde spesific name untuk fobia kepada en.C ni.aku mmg fobia sampai nak menaip 'dia' pon aku tak sanggup.dipendekkan cerita ada la pengalaman ngeri minggu lepas yang nak kongsi kat sini.weekend lepas aku ngan wan nak keluar makan malam.so lepas tgk wayang kami pusing KL terus ke Kg.baru...dan sebagainya tanpa arah tuju nak makan kat mane.akhirnya kami berhenti di salah satu kedai di Kg.baru yang namanya LaLa Seafood.

sebenarnya aku dah lama nak makan kat situ sebab setiap kali lalu kat tepi jalan mesti nampak kedai tu cam meriah and ramai org.lagi satu yang menarik perhatian ialah dia ada cam meja khas untuk 'Desserts' yang cam ala-ala thai like somtam,bubur manis dan sebagainya.so dah puas pusing kami stop situ jelah dah alang2..
Mula-mula sampai kami duduk belah atas (macam pangkin rumah kampung)..pastu hubby ngadu panas so untuk lebih udara kami pindah le kat bawah.tapi kami dah order air dan makan belum.Baru je duduk aku tengok ade couple sebelah meja kiterang huru-hara.awek tu bangun dengan cepatnya sambil menyelamatkan air dia dan lari.aku pelik.rupanya ade lipas naik kerusi dia.owh..saat tu aku ok lagi.oklar...seekor.(sedapkan hati sendiri)
sebenarnya aku cuak jugak lagi2 sbb meja yang kami duduk tu takde tempat letak kaki tu.so..time aku jenguk bawah meja tu..baru aku pasan yanng kat lantai dierang penuh ngan lipas.OMG.ade dekat 6-7 ekor dan itu yang aku nampak.mase tu aku dah tak pk panjang.aku duduk menyenget dan tumpangkan kaki aku atas kaki wan.aku mmg serius dah cuak.aku buat muka kesian kat wan....aku cakap aku tak bole la nak makan camnie.tolong arr...banyak gile.kalau seekor takpe lagi.wan pon kesian so kami pindah atas balik atas pangkin tapi meja lain kali ni.
Baru je duduk...aku letak je tangan atas meja tiba-tiba ade mende terbang atas tangan aku.secara automatik aku tepis.dan dia landing lagi..aku tepis lagi.dia landing atas meja.OMG.apa lagi..bende 'haram jadah' tu lahhhhhh!pastu wan lak tepis dia kebawah.sambil aku tepis tu mmg aku menjerit terkejut la sbb tetibe je 'haram jadah' tu dah ada atas tangan aku.ramai dok usha aku...dem...lepas tu aku dah buat muka dah.aku baru cakap ngan wan "taknak ar makan kat sini.."..pelayan pon sampai hantar air.wan cakap oklah habiskan air pasnie kita blah.okla fine.aku baru nak sedut air teh o ais limau aku tibe-tibe 'haram jadah' tu lalu pulak kat sebelah kayu yang aku landing tangan.ekor mata aku cepat je perasan ade bende hitam bergerak.dem..dem..dem.mase tu aku dah tak boleh blah lagi dah.aku terus bangun and cakap aku tunggu kat kete and terus lari.aku mmg da tak pedulik ngan org.satu kedai usha aku.pedulik hape aku.tak sanggup aku nak berpura-pura cun control malu makan kat kedai camtuh.yer..aku lari.aku mmg freak out giler mase tu.automatik semput aku datang...sial betul la.aku mmg rasa sial sangat malam tu.
Masuk keta aku emo.aku geli geleman.aku masih rasa lagi bende tu landing atas tangan aku.satu badan aku geli.aku rasa cam ada bende merayap rayap.sampai camtu sekali perasaan aku.tapi aku bukan buat2.aku mmg takot ngan 'haram jadah' tu.dari dulu sampai sekarang.perasaan aku takkan berubah.fullstop. so deal with it.aku bukan nak malukan kedai tu..tapi serius aku tak tipu 'haram jadah' tu mmg banyak merayap satu kedai tu.aku pelik camne pelanggan kedai tu leh makan ngan tenang.bukan sekor dua...BANYAK.aku ni bukannye jenis yang nak makan kedai mahal-chantek-standard.gerai tepi jalan pon aku makan.tapi gerai tepi jalan pon tak banyak 'haram jadah' tu macam yang kat kedai tu.hmmm...aku balik dengan perasaan geram dan tension.aku cakap ngan wan aku nak complain kat DBKL.dia takasi.aku bukan dengki sehh....jauh sekali aku nak malukan kedai tu.tapi...ni dah melampauu !!!aku taleh terima ok.pengalaman ni betul-betul buat aku trauma.dem....