Showing posts with label self. Show all posts
Showing posts with label self. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Kekesalan

Secara seriusnya aku taktau nak blog tentang apa.aku selalu macamni bile depan pc aku akan automatik jadi blur tak pasal-pasal.
Aku nak blog pasal hidup aku..aku rasa hidup aku berlalu terlalu pantas.dan aku masih macam dulu.aku masih seperti 2-3 thn dulu.tak banyak perubahan.azam-azam yang tidak terlaksana sepenuhnya,tiada transformasi drastik mengubah hidup.itu aku.yang paling hebat yang berlaku ialah kehadiran IMRAN , dah tentu.Tapi bila imran pon dah nak masuk 11 bulan tak lama lagi..aku kaget.masa berlari mengatasi aku lagi.Bulan depan Imran genap 1thn.shit.gile cepat...serious!aku mcm tak ready.aku rasa nak freeze kan masa yang ada.aku tak puas lagi dengan keletah dia.aku tak puas nak peluk dia..gendong dia...cium dia..breastfeed kan dia.Aku sedih tak pasal-pasal.bbukan aku taknak dia besar cuma aku rasa tak luangkan cukup masa dengan dia.
Cerita pasal masa..sebenarnya banyak bende yang aku nak ubah seandainya aku punya peluang untuk memutar masa.hakikatnya tidak...kita sebagai manusia kena bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan kita sendiri.kita kena menerima perkara yang lepas sebagai perkara yang telah berlalu dan takkan berulang lagi.tapi adalah tanggungjawab kita juga untuk tidak mengulang kesilapan yang sama nanti.
Ada perkara yang aku tak buat tapi aku nak buat..dan ada perkara yang aku dah buat dan aku harap aku tak pernah buat.tapi tu sume tak mungkin kan ?Aku sendiri adalah anak yang bertuah kerana segalanya cukup serba-serbi.Aku tak punya adik..aku tak ramai kawan sejak sekolah rendah.Dunia 'perkawanan' aku sungguh kecil.sepupu-sepupu aku lah BFF aku.pakwe aku..selepas tu tunang dan kini suami aku pon lah BFF aku.Bila Imran hadir gembira dan 'blur' dalam masa yang sama.aku takde pengalaman lansung.dan aku takde sape nak tolong aku..kecuali suami aku.hari-hari awal..dia lebih pandai menjaga imran..melayan imran..tukarkan pampers imran.aku masih dalam 'mode' blur.nasib baik dia ada (dalam hati aku berkata).Semakin lama aku mula belajar dan pandai menguruskan imran.
Tapi...mungkin kerana di hari awal tu aku mengalami baby blues dan jadi zombie di malam hari..dan aku berpantang seorang diri maka menjadikan aku trauma.hmm..aku rasa pelik.ada 2-3 keputusan aku yang aku menyesal sampai harini.tapi aku takkan boleh mengubahnya.hakikat itu pasti.tapi masih belum terlambat lagi?aku akan buat apa sahaja untuk memperbaiki kesilapan aku..demi Imran.
Aku taknak jadi orang yang gagal semata-mata kerana dah terbiasa berada di 'zon selesa'.aku pon nak cuba buat keputusan yang betul..berfikir masak-masak sebelum buat keputusan..kerana aku dah penat nak menyesal tentang perkara-perkara lepas.sebenarnya..kita sebagai manusia sering membuat keputusan mengikut nafsu dan amarah kita.boleh ke nak ubah?boleh tapi susah..dan benda susah manusia akan cepat bosan.aku harap aku
tak....bosan.

Wednesday, April 7, 2010

Size 12 is not FAT.

oklah...to be honest i've been dealing with my body issues since forever.sejak high school pon aku sendiri tak penah begitu kurus.macam tu jela...aku masih ingat lagi kata-kata cikgu english aku masa form 5 which is Mr.Velloo...

"Adibah...you are not neither fat nor thin"
ayat tu mmg tak menjelaskan ape-ape secara terang tetapi dengan ayat tu jugaklah kenapa aku masih ingat ayat tu sampai sekarang.aku paham maksud dia.for real..aku pakai jeans size 32 since forever ok.since giordano jeans aku dari umur 13 sampai sekarang.(err..bukan sekarang).tapi mase tuh mungkin jeans tu agak longgar dan tak la mengikut cutting.makin aku dewasa saiz jeans tetap sama cuma badan makin gemok so bile pakai nampak 'montok' (ni ayat sedapkan hati aku).size 32 ni sama la dengan UK sizing which is 12 atau dalam erti kata lain XL.
bukan senang nak bersaiz 12 ni aku rasa sebab saiz ni selalunya adalah garisan halus yang memisahkan seseorang daripada gemuk.kalau cakap saiz 14 tu selalunya dah dikategorikan berisi/gemuk.kalau cari baju dah kena pegi plus size section.ini selalunya lah..tapi bukan aku yang kata..ni kebiasaan yang aku perhatikan atau observe.aku tau tak adil.dunia ni mmg selalu tak adil.tapi bukan dunia tapi orang dalam dunia ni mmg takpenah adil.urgh.
sebenarnya aku tak pernah amik port pasal sizing ni..sehinggalah aku mula nak belajar pakai jeans Levi's.so..dipendekkan cerita size terakhir for levis ladies ni ialah size 32.so setiap kali aku nak mintak kat jurujual tu saiz 32 mesti rasa malu giler.aku malu pon bukan sbb diri aku okey...tapi sebab reaksi yang jurujual2-wanita-kurus-kering-yang-buat-muka-dan-suara.contoh perbualan :-
Aku : ni ada tak size 32.. (lepas pilih design)
Jurujual : hmm...size 32 tak banyak pilihan la (sambil buat muka)
Aku : hmm..tunjuk la design yang ada size 32.
Jurujual : (cari saiz dengan tak rela..)
Shit la.kenapa ko tak jawab ke soalan aku?nak cakap saiz 32 tak banyak pilihan ar plak.why do u have to make me feel bad.aku tau aa ko kurus kering pakai Levi's size 24 pinggang cam kerengga perangai cam mak nenek.urgghhh.kadang-kadang aku naik malu nak pergi kedai Levi's both outlet and retail.aku rasa pissed off and low self esteem setiap kali aku pergi.aku selalu suh hubby yang mintakkan size.kesian dia.aku rasa Levi's sangat diskriminasi sebenarnya.kenapa nak buat sampai size 32 je?nak buat pempuan-pempuan yang bertubuh berisi/montok rasa down.apa motif?tolongla buat research...sebenarnya banyak perempuan yang tak penah puas hati ngan bentuk badan dierang.kalau kena yang peha ngan montot besar (macam aku) ni camne lak?huh..akibat amarah aku penah meletakkan quote tersebut di profile myspace aku.
my new war is " hentikan diskriminasi terhadap wanita berbontot besar "
penulis terkenal Meg Cabot pon penah buat novel bertajuk Size 12 Is Not Fat untuk wanita-wanita size 12 ni.aku sendiri tak penah baca tapi aku pasti motifnya sama je.untuk clarify yang size 12 bukan size untuk org gemuk.bila kita membuat persepsi benda tu akan jadi berlarutan da menjadi satu trend dan kepercayaan karut.bila kita remaja..paham paham jelah..peer pressure adalah sangat tinggi.kita sendiri taknak fikir kita ni teruk just because others make such quote.bende ni mmg tak betul dan kita kena ubah persepsi.ini bukan trend.semua orang ade hak terhadap size jeans mereka.sukahati lah kita meletakkan diri kita di posisi apa..atau memakai jeans saiz berapa.kita bukan penilai dan jangan sekali kali menjadi penilai.
nota kaki : saya bukan lagi bersize 12 atau ber jeans size 32. :S