Monday, August 10, 2009

geget



gosh...imran dah 2 bulan lebih skang.cepatnya masa berlalu..tak sabar rasanya nak tunggu dia besar tapi dalam masa yang sama aku rasa macam nak membekukan masa.mcm besh je dia kecik ni...tp semakin hari dia semakin besar.dan berat haha....mak aku mesti marah kalau aku cakap imran berat.dia akan cakap ' jangan cakap berat....badan semangat'.tp aku selalu degil sebab imran mmg berat.haha...dia 5kg okeyyy i tell u.mmg badan dia kecik je...tp berat tulang kot?badan pun panjang je...maybe nak jadik tinggi macam ibu ngan abah dia.
Dia sebulan lebih da pandai senyum.As he grows dia ada habit baru skang ni...which is babbling.wa wa wa...wee wee wee....macam2 la dia cakap.ngan riak muka bekerut2nya...ishh ye ye je.macam orang becerita...lawak pon ade.kekadang bile aku bebel kat dia...dia pon start gakk sound dia.aku lak rasa cam dia tengah bebel kat aku balik sbb bebel kat dia.padan muke aku.haha.kadang-kadang dia cakap sampai telepas perkataan macam mak,ibu,abah.sayup-sayup...hujung-hujung jela dengarnya.Tapi sume orang tengok dia mesti pelik...bukan budak 3-4bulan baru wat bising ke.anak ko ni bape bulan...eee bijak betul la.huh lagi dipuji...lagi senyum aa budak imran tu.dia cam tau2 aje....nasib baik la comeii...
Now...latest habit yang obvious sangat these few days is dia da mula suke geget and hisap jari dia.sarung tangan dia habis dia tarik dan hisap sampai lencun segala.sampai tercabut...pastu dia mula la operasi nyonyot jari dia.sampai bebunyi2....haha lucu betul la anak aku ni.

nota kaki : geget
ni nickname aku zaman kegemilangan mirc dulu...tempias kat anak kot.hihi :p

nota kaki lagi : gambar ni dari n76 cabok aku lagi.dahh penuh gambar imran dalam tu.apsal la aku malas sangat nak upload gamba dalam lumix.eeeee !

Friday, July 17, 2009

babywearing







Since becoming a mum...i seem to be venturing into new stuffs.yes of course all about mummy-baby stuff.and one of it is babywearing.it was becoz i wanted to get myself a baby carrier for my husband to carry him when we're out shopping or strolling out.i almost got myself a baby bjorn carrier...but im the type who will search and dig about a product before buying them..but it only applies for expensive stuff.i am quite a spender actually..haha.bad mama !



So that is when i got to know babywearing.wearing your baby is actually bonding with your loved ones.you can wear them inside a pouch,ring sling,wrap or soft structured carriers.it's totally different from the crotch carrier we can find in departmental stores because what we don't know is it's actually quite dangerous for the baby and effects the backbone.and one more thing babies are actually hanging away.that's scary ain't it.but to be honest with something like baby bjorn...it's almost impossible to find faults in it.the babies look so comfy in there and their neck is well supported.then again...the hanging leg is actually annoying.i know we don't actually notice the hanging leg unless we compare them with an ssc.



Now im thinking of selling my stroller...not really becoz of babywearing actually.It's just because that i don't go out much.im suppose to go jogging with him on the stroller but with all the H1N1 hassle going around town...its a big no no.and it's also becoz i don't really like my stroller.it's too bulky and not really my choice.someone else is paying for it..so how can i resist an offer.



here's hubby in ssc an me in ring sling which i rent from jumpsac.com



p/s:sorry for the lousy pic.it's from my ehem lousy phone...maybe i need a new one.n97 please!



Sunday, July 5, 2009

wanita



hmm...ape yang nak di blogkan pepagi ni.aku takleh tido setelah menidurkan anak aku yang baru tido jam 2 pagi.goshh...memang cabaran yang sengit jadi ibubapa ni yerk.yang pasti aku dan hubby..tido malam kami dah tak cukup..dah tak lena lagi.tapi kami tak pernah merungut..kami layan je.kami cool...kami rock...hehe.
being a mum is such a challenge ar..skang aku alami apa yang mak aku alami dulu masa jaga aku.merengek..meraung nak susu...ditatang bagai minyak yang penuh.satu habuk pun taknak bagi lekat pada dia..nyamuk seekor nak hinggap pun aku tak rela.begitulah mak dulu..dan begitulah ibu-ibu yang lain.biar kita yang mengalah dengan masa dan segala..biar kita yang berkorban jiwa dan raga.
malam hari 24 mei sebelum aku berangkat ke hospital..aku masih ingat pelukan mak pada aku.waktu tu aku mintak ampun dan maaf pada dia...sesungguhnya perasaan aku sangat takut.aku rasa macam nak menjalani hukuman mati..sungguh aku tak tipu.dengan ayah pun ku buat yang sama walau hanya melalui suara di telefon.aku sungguh emosional malam itu...memikirkan yang aku bakal di'induce'...aku rasa aku akan beranak secara tidak natural membuatkan takut melahirkan didalam jiwa aku meningkat 200%.
aku sering mengadu pada hubby betapa takutnya aku untuk beranak nanti..bagaimana keadaan aku..bagaimana dengan asma aku...aku selalu asma bila aku panik,menangis,telampau marah atau emosi.lelaki seperti biasa akan menenangkan kita dengan bait-bait indah dan menenangkan dari mulut mereka.dengan hanya berkata yang mereka akan berada di sisi kita...oh kita bahagia seketika.kita bagai diberi ubat penenang... sepupu aku yang beranak beberapa bulan sebelum aku selalu mengatakan yang beranak tak sesakit mana.kita semua boleh melaluinya dengan tenang.cuma akibat terlalu banyak menonton adegan teran meneran-berpeluh-tekangkang-menangis di kaca tv..kita jadi takut secara automatik.ohhh..lakonan mereka yang melebih-lebih sebenarnya...sebab kebanyakan yang berlakon beranak pun belum pernah beranak..so lakonan mereka mmg over.
setiap kali aku pandang wajah imran..aku senyum sendiri..kadang-kadang airmata aku mengalir.aku tak sangka aku dah jadi ibu...semuanya berlalu terlalu pantas dan terasa macam mimpi.aku berjaya juga mengatasinya...mengatasi takut aku.takut untuk beranak..tapi bila tiba masanya hanya satu yang difikirkan..dipermudahkan dan dipercepatkanlah untuk anak ku keluar.pabila dia keluar..segala-galanya bagai berakhir..tetapi hakikatnya kehidupan ku baru bermula saat itu.

tangisan pertama..genggaman pertama..kali pertama dia membuka mata..kami pertama dia menangis minta disusukan dan segala-galanya menjadi pengalaman yang pertama untuk kami.yang pastinya kita kadang-kadang sebagai manusia kita taktau kelebihan dan kekuatan diri kita adalah lebih dari yang kita sangka.betul....siapa sangka aku boleh berkahwin,mengandung,melahirkan,menjadi anak isteri dan ibu.tiada siapa yang sangka kerana hidup ini memang sukar dijangka.begitulah juga dengan diri kita.kerana kita adalah wanita.... :)

Friday, June 26, 2009

Chenta

first few hours...
5th day..
mancungnya hidung..(dari tepi je..hihi)

soundless sleep...


Tuesday, June 23, 2009

kronologi bersalin

selamat melahirkan Mikhael Ali Imran Diaz pada 28th May 2009 .

10.30pm - checked in 4bedded room kat Ampang Puteri Specialist Hospital.

11.00 - 2.45am - rasa sakit macam senguggut period dan sakit belakang yang teramat sangat.before this mengandung 9bulan takpenah2 sakit belakang.baca majalah sbb takleh tido.

3.00am-4.30am - tido-tido ayam je sbb sakit belakang yang melampau.kakak sebelah katil me lansung tak tido..cuak kot.
4.30am - nurse masuk and bagi ubat buang air besar...pastu dia buat ctg kat perut.pastu sebelum dia nak masukkan tablet untuk induce kat 'tuut' dia check dulu bukaan.aduh....benci tul seluk2 ni!! sekali cek dah 3cm dah...ape lagi ku ditolak masuk ke labour room.

6.30am - di labour room perut dah memulas bagai nak gile...ikut deal ngan doc nak amik epidural so inform la kat nurse tu.nurse tu cam blur2 sket..cam baru bangon tido je.cisss...pastu die cek bukaan dan selukk lagi...dah 5cm.dia kata nak call dr bius tp taktau sempat ke tak wat epi.

7.00am - nurse shif pagi masuk and selukk laagi..kali ni dah 6cm.dia pon tekejut cepat sangat..so die cakap epidural dah takleh amik.dia masukkan induce drip pastu bagi injection tahan sakit.perut mmg sakit sangat2..memulas cam nak poo poo..malah teruk lagi.tp injection tu lalok sikit so dpt le tahan sakit selang seli ngan tido2 ayam.

10.30am - ku diseluk lagi dan kalini 9cm...sakit mmg dah tak tertahan.rasa cam nak meneran something yang nak kuar sesangat.sampai doc ngan nurse cakap ehh jangan teeran dulu.dierang lak yang panik coz tak prepare lagi..kaki tak gantung lagi..etc.dah siap sume doc rasa kepala baby and dierang ajar cara teran la..masa tu deba masih lalok lagi.2 kali teran tak cukup kuat..kepala baby kuar and masuk balik.so dierang cakap teran puas2..amek nafas pendek and sambung teran.kali ke-3 buat macamtu...dan akhirnyaa...keluarlah baby ku tepat jam 10.53am dengan berat 2.89kg. pastuh kena tekan-tekan perot untuk keluarkan uri and darah terkumpul pulak.tapi syukurlah..semuanya dah selamat

kehamilan yang meyakinkan ?

Uhuk..uhuk.salam semua..lamanya tak ber'blogging'.ahh..sesungguhnya masa jauh meninggalkan aku.atau mungkin aku yang meninggalkan masa..aku pun taktau.kekadang ku rasa dah tua sangat sebab tak dapat nak mengejar masa yang semakin lama semakin pantas meninggalkan aku dengan banyak perkara yang belum terlaksana.anyway...diam tak diam aku dah pun selamat melahirkan.masa berlalu terlampau pantas.
Aku terasa seperti baru semalam aku di trimester pertama kehamilan dimana alahan aku sangat teruk.Memang kelakar pun ada bila difikirkan balik..kerana satu makanan pun aku tak berupaya nak jamah..alangkan air pun akan kumuntahkan balik.suami tercinta baunya tak boleh ku cium..tidur sekatil berlainan sisi.sabun yang wangi ku bau busuk sekali.aduh...begini penangan sebuah kehamilan.Trimester kedua pula aku lebih banyak membalas dendam dengan makan sesukahati..aku juga seperti orang lain yang mengidam..atau mungkin aku je yang berpura-pura nak mengidam sebab orang mengandung mesti nak mengidam?eh apa aku mengarut ni.. aku mengidam buah kundang tp idaman aku tu taklah teruk kerana aku sedaya upaya mengawal mengidam aku untuk tidak melarat-larat.bulan ke-7 kehamilan barulah aku dpt buah kundang yang kebetulan musimnya telah tiba.Satu lagi yang aku idamkan atau mungkin teringin ialah tapai pulut.Pada awal kehamilan aku ditegah mengambilnya kerana kandungan asid yang tinggi...akhir kehamilan aku teringin mencubanya...tapi masih ditegah lagi.tapi mak ku kata nak rasa bolehlah..kang kempunan.masalahnya dengan aku ni pulak ialah aku ni pantang dengan tapai pulut.bukan pantang makan tapi pantang jumpa...kurang-kurang 5 bungkus daun pisang hendak aku belasah sesuka-suki.
Tapi sebenarnya kehamilan aku tak banyak masalah.aku sendiri tak mengalami sakit belakang yang kronik sepanjang mengandung sedangkan aku mmg ada sakit belakang.cuma di akhir-akhir kehamilan je..dicampur dengan kaki yang mudah membengkak.nasib baik ade Crocs..haha.Siang hari sebelum check in di hospital masih sempat lagi makan pizza hut,jalan-jalan,makan masakan mak.cuma satu je..sepatutnya ku nak ke tesco beli mascarpone untuk melunaskan hajat terakhir before beranak iaitu makan tiramisu buatan sendiri.hanya itu yang tercapai...sebab malam hari dah kena masuk hospital untuk di'induce' .nampaknya habis pantang lew baru tercapai hajatku itu....Lepas ni aku akan blog pasal kronologi bersalin diri sendiri dan mungkin pasal waktu berpantang.tengoklah kalau ku sempat nak berblog sambil melayan anak.hihi...arghh..cepatnya masa berlalu.aku telah tua dan aku telah dewasa...ecewahh.

Tuesday, March 3, 2009

Salam takziah

Pagi ni semasa bersiap nak gi kerja aku dikejutkan dengan sms dari sepupu aku Basha yang mengatakan anak Abg Mazlan iaitu abang sepupu aku a.k.a abang basha sendiri yang bernama Mohd Omar Quyyum telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.30 malam tadi.Innalillahiwainnailahirojiun.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.