Tuesday, March 3, 2009

Salam takziah

Pagi ni semasa bersiap nak gi kerja aku dikejutkan dengan sms dari sepupu aku Basha yang mengatakan anak Abg Mazlan iaitu abang sepupu aku a.k.a abang basha sendiri yang bernama Mohd Omar Quyyum telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.30 malam tadi.Innalillahiwainnailahirojiun.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.

Sunday, February 22, 2009

Macam-macam ada

Ya Allah...lama gila tak update blog.Keadaan kerja dan kesihatan tak mengizinkan.Walaupun balik kerja agak awal...tapi sejak mengandung ni memang badan letih sangat-sangat.Mungkin sebab di kedai aku agak aktif sama macam tak mengandung.Kebanyakan orang tu pun tak perasan lansung yang aku ni mengandung...mungkin sebab selalu pakai baju kurung kan.hehe...tapi skang baju sume dah mula ketat.tension betul la..hehe..perut da mula melonjong ke depan.Cepat sungguh masa berlalu.Kalau dulu nak lalui 3 bulan pertama yang dipenuhi dengan aktiviti muntah dan morning sickness...rase cam jam tu tak bejalan pon ade.bilelaaa nak abis 3bulan.Tapi tengoklah sekarang...tup tap tup tap dah 6 bulan rupanya aku mengandung.Dah scan dah pon sebanyak 2 kali..baby yang bakal keluar ni baby boy rupanya.nampak 'tuuuuttt' dia.hahaha.no wonder la mak dia kalau keluar suka sangat makeup sakan.
Sekarang badan pun cepat sangat letih dan kerja pun makin bertambah.Semakin dekat waktu bersalin semakin banyak keje.Bile listkan bende2 yang kena buat..betambah pening dan stress jaiknye.Aduhh...tension jugak la seketika.Barang baby semuanya dah siap rasanya..cuma barang maknya dan bilik yang masih tak diupdate lagi.Masa berlalu pula begitu pantas tanpa sempat dikejar-kejar.Makin dikejar makin tak sempat jadinya.Makin lama hari itu semakin mendatang.Hati dah mula bedebar-debar.Tak keruan rasanya...takut dan teruja menjadi satu.Dalam masa yang sama tak sabar nak tunggu orang baru yang bakal keluar.Dan orang dalam perut tu pun memang tak sabar la jugak..asyek begolek besuka ria je dalam perut ni.Cis..suka suki je dia berenang tanpa mempedulikan dunia luar.Tunggu la bile dah kuar nanti...tampar punggung dia sampai merah.Hihihi.
Dan satu lagi cerita terbaru..mungkinkah impian ke Bali tahun ini bakal termakbul?Tak mustahil jugak lah sebab dapat sepupu gila-gila yang beria-ria menggoda untuk membeli tiket airasia sewaktu promo Rm80 pergi-balik untuk bulan ogos nanti.Uhuk..kalau betul jadik memang gilelah!Becuti selepas lama bepantang untuk melegakan tekanan teperap dirumah (ayat sepupu aku).haha..pandai lah dia.Tapi yang seronoknya kami pergi ramai-ramai nanti termasuk jugak dengan cik amy masmona kita yang selama ni M.I.A.hehe..jangan mara ye amy!Tapi yang sedihnya Puan Bashariah dan suaminya Encik Adi tak dapat hadir bersama sebab tiket tak beli atas alasan kerja.Alaa..aku pon taktau bole pegi ke tak..keje ke tak...belasah jelaaaa beli tiket dulu sebab murah sangat.hehe.Tapi walau ape pon..harap korang bedua dapat pegi.Last minit pon takpelah.Pujuk la kak fauziah tu..kasik pelepasan sket...buat cite industan ke..hehe.
Oklah..rasa cam beceloteh panjang pulak.Nak kena teruskan aktiviti ni..aktiviti baru dan terkini.Online shopping!!haha..rosak rosak...ape nak jadik la bini si Arzuan ni. :p

Saturday, December 27, 2008

mini gath update

eisk..laki aku feeling tgk cite hindustan. Bobby to be exact. iskk aku pon ikot feeling nih..menari2 ngan lagu dia.pastu sedey pulak..aku malas nak tgk.aku online forum ngan update blog ni sambil meneruskan pencarian 'stroller' idaman aku. hihi.
sambil tu ym ngan yana bincang pasal gath jugak...


btw..buat yang beminat nak gi mini gath tu..bagi la cadangan seperti berikut di komen :-

1. tarikh (weekend @ weekday supaya dpt disesuaikan dengan ke'free'an semua)
2. venue ( kedai makan mane..atau bekumpul dimana dan gerak kemana etc. )
3. confirmation (siapa yang confirm datang dan berminat nak attend mini gath ni..)


note : skang ni ada cadangan jumpa di one utama atas faktor kurang sesak dan selesa.sesape yang naek lrt bole drop di kj atau tmn bahagia dan akan dijemput oleh cik yana. hanya sekadar cadangan...sila utarakan cadangan anda sendiri.thx guys!

Friday, December 26, 2008

gRrrr!

aku stress sebab taktahu pon bahawasanya cik ecah , cik itek dan cik yana ada blog.
arghhhhhhhhhhh!!

Wednesday, December 24, 2008

gathering + reunion

Msg to all..especially Ecah,Yana,Fida,Zetty. Taknak buat gathering kah? Aku sangat rendu korang sehh.Nanti saya dah sarat lagi susah woo...hihi.Ke korang nak melawat aku masa dalam pantang nanti.Tapi tak besh la..nanti takleh ronggeng.hihi.

Sile la bagi suggestion atau komen yang sewajarnya.Kalau boleh taknak la ada yang tak hadir pulak..so kita settingkan masa biar time tu semua free tanpa kesibukan dan benda lain nak buat.Thx !

Monday, December 22, 2008

Phil & Ted's Stroller




1st pic : Phil & Ted's Sport four-in-one baby stroller
2nd pic: Phil &Ted's Sport four-in-one CAMO baby stroller
3rd pic : 4style of using it . Suitable from infant up to 5 years old.
Oh my god.aku rasa cam nak pengsan kali pertama aku tengok stroller ni.Aku taktau aku jatoh chenta ke aku terseksa.Keghairahan aku dibatasi oleh duit poket yang tak berapa tebal.Aku dah pun tgk secara live stroller ni kat First Few Years,The Curve tetapi bewarna biru.It's a bit bulky i must admit tetapi jika warnanya merah ia akan nampak lebih funky dan stylo dan mengurangkan ke'bulky'an stroller ni.Tapi aku tetap suka dengan 4 way style yang memang nampak very very practical.
Mungkinkah satu hari nanti?Pertama kali dalam hidup aku...aku horny dengan benda.hahaha. >:P



Thursday, December 4, 2008

kecomelan drama korea

aku rasa kalau sepupu aku baca ni confirm dieorang akan tesedak.aku dah tersuka tengok cite korea.ape nak jadi dengan aku ni?aku telah tersuka untuk tengok cerita wanted son-in-law 7pm di 8tv.bole tak aku nak memperbesar-besarkan cerita yang hero dia sangat hensem dan kiut.dia nampak lebih kiut dengan muka serius ataupun bile dia buat muka terkejut dengan mulut ternganga.hihi.

aku rasa aku kena memperbesarkan perihal minat aku kepada dia..sebab aku takpenah suke tengok cite korea/jepun especially drama bersiri dia yang cam meleret je bagi aku.aku suke buat muke kalau tgk drama-drama ni kalau kami sleepover di rumah Puan NS dulu.aku tau aku kejam.tapi kini aku telah mendapat balasan yang setimpal.apalah yang ada dengan si mata sepet tuh.oh mungkin jugak aku suka sangat lagu tema drama tu.aku rasa ceria giler bila dengar.aku rasa bersemangat,teruja dan terkesima.mungkinkah aku terlalu banyak dengar lagu-lagu bernada melankoli sampai aku rasa bahagia sangat dengar lagu tema drama tu? mungkin. aku emosional mama yang dengar lagu melankoli.uhuk menyedihkan...

tapi aku tengah senyum sorang-sorang tengok cerita ni.aku suke bila heroin dan hero dia buat muka terkejut dengan mata bulat dieorang.oh ya..mata dieorang tak berapa nak sepet.kenapa ek?dieorang pakai contact-lens diameter besar yang digembar-gemburkan sekarang tu kot.sebab tu dieorang nampak comel tanpa ke'sepet'an.ohhh..tetibe aku rasa bahagia...dan sedikit angau.aku selalu rasa aku akan jadi mama yang gila.atau mungkin gila-gila.