Monday, July 7, 2008

sepi,sunyi dan emosi

Selagi kita bernama manusia aku rasa kita takkan dapat lari dari perasaan-perasaan pelik yang mencengkam kita disaat kita tak perlukan perasaan tu datang.Tapi orang lain lebih perasan tentang kita dan kita pon menyampah dengan pandangan orang lain lantas men'cop' mereka si-busy-body.
Bayangkan...adakalanya semua di keliling kita cukup sifat dan nyawa,riuh rendah tetapi tanpa kita sedari kita sepi sekali.Kita meratapi keadaan penuh emosi itu sendiri.Kita berasa tidak mahu diganggu walaupun oleh orang-orang yang sayangkan kita,yang kisahkan kita.Kita jadi selfish.Hati kita jadi keras macam batu.Bagi aku setiap orang ada waktu-waktu sepi dan sunyi mereka sendiri.Kita jadi emosi dan tak dapat mengawal diri.Tapi biarkanlah benda ni berlaku sekali-sekala.Kalau dah selalu confirm boleh jadi gila.
Tapi pelik juga..ada orang yang emosional dengan sesetengah individu saja.Dengan orang lain normal lah pula.Split personality kehapa?Tapi aku rasa aku ni lain sket..aku ni cepat terbawa-bawa.Kalau aku emosi dengan seseorang..orang lain pun pasti terkena tempias emosi luar jangkaan.Kadang-kadang aku ni boleh jadik macam bom masa yang boleh meledak bila-bila.
Dari dulu orang cakap aku emo.Kadang-kadang aku jadik lebih emo dengan orang yang cakap aku emo secara melulu.Aku jawab begini pun dikata emo,jawab begitu pun dikata emo.Oh..manalah tak bertambah-tambah emo aku yang sudah emo.Emosi ni memang berkait rapat la dengan sepi dan sunyi.Bila seseorang tu sepi dan sunyi...maka datanglah emosi.

Tuesday, July 1, 2008

Majalah Eh!/Kata Wanita -Normal is Boring



Petang sabtu yang agak membosankan mendorong aku untuk ke Carrefour.Selera mengidam sushi california roll salah satu faktor besar untuk kesana.Setidak-tidaknya ada tujuan.Kedai pertama yang dituju sejurus menapak ke lantai dari elevator ialah kedai buku.Oh..majalah Eh! baru dah keluar.Tangan pantas menggapai dan menghulurkan duit tanpa rasa untuk menyelak-menyelak.Entah kenapa.Setelah selesai mencuci mata menawaf satu Carrefour dengan beg plastik mengandungi sehelai tudung dan sekotak sushi..dan sebuah majalah..kaki pun menghayun menuju arah pulang.
Selesai urusan di kedai..didalam perjalanan pulang sambil memandu tiba-tiba hati teringatkan majalah yang dibeli.Oh..ingatkan sempat tengok majalah secara cepat tapi entah kenapa semua lampu lalulintas hijau semuanya..seolah-olah menidakkan keinginan.Tapi kalau dah namanya degil..aku pun bertindak secara 'armed and dangerous' dengan sebelah tangan memegang stereng kereta dan sebelah lagi cuba mencapai plastik majalah di tempat duduk belakang kereta.Sambil membawa kereta sebelah tangan laju menyelak majalah terus dibahagian belakang...terus terhenti di bahagian 'Kata Wanita' .Dup...dup..dup...jantung bagai mahu terhenti bila mata terhenti di tajuk 'Normal Is Boring'.Oh my goodness!Macam tak percaya artikel yang aku hantar akhirnya keluar jugak!Aku menjerit sambil tergelak-gelak dalam kereta sorang-sorang dengan reaksi tak percaya apa yang dilihat.Orang confirm akan kata aku gila...haha.
Balik..aku terus jumpa suami terchenta dan cakap ada suprise!Aku tunjukkan majalah tu sambil melompat-lompat macam perempuan gila.Suami aku gelak and senyum je tengok gelagat aku yang memang gila.Oh..dia cakap dia bangga dengan aku.Dan aku pon bangga dengan diri sendiri sebab artikel aku yang tak seberapa tu terpilih masuk majalah popular Malaysia.Oh walaupun satu mukasurat je tapi peritnya tuhan aja yang tahu betapa aku mengharap.Sebenarnya aku dah pernah hantar artikel yang sama dulu..tetapi mungkin editor terdahulu tu tak berminat.Tajuk asal artikel aku ialah 'Orang Bisu + Lelaki Batu'.Terlampau awkward kot untuk sebuah tajuk.Beberapa bulan lepas aku hantar sekali lagi kat editor yang baru.Aku tukar tajuk artikel kepada Normal Is Boring.Tak lama lepas tu aku dapat email dari editor Eh! yang berminat dengan artikel aku tu.Masa tu punyalah teharu-seronok-teruja-terkinja kinja nya aku hanya tuhan yang tahu.Tapi dia suruh aku panjangkan ke 900 perkataan dan hantar dengan cepat.Aku pun balas dan mengharap.Aku ada jugak email-email dia tanya jadi ke artikel aku nak dipilih.Tapi email aku tak dibalas lagi..mungkin dia pun bosan nak layan aku.hehe...
Aku mengharap sangat masa tu..menjelang awal bulan Jun hari-hari aku pergi kedai mamak dekat rumah aku ni semata-mata nak tengok Eh! dah keluar ke belum.Akhirnya keluar juga dengan muka Maya Karin yang meletup tu sebagai cover.Arghh...tapi punyalah kecewanya aku saat aku menyelak bahagian Kata Wanita bila aku melihat artikel orang lain disiarkan.Dalam hati aku berkata...aku ni memang takda peluang.Masa pun berlalu dan mengubat sendu.Sedar tak sedar dah nak masuk bulan baru.Rupa-rupanya rezeki aku di bulan Julai.Siapalah sangka kan..Tiba-tiba aku jadi sedar bila kita kurang mengharap dan memaksa rezeki untuk singgah pada kita...ia datang jua tanpa dipaksa-paksa.Mungkin begitu juga cinta.Kalau sayang harus dilepaskan..kalau kembali bercanda rialah dengan cinta yang menjadi milik kita.
Semoga aku mendapat inspirasi untuk terus-terusan menulis di waktu hadapan.Walaupun hanya satu muka...aku terasa seperti impian lama yang dulunya kabur kini sudah tercapai.Mungkin kita patut mengikut kata hati kita,kesukaan kita dan cinta hati kita.Dengan itu semuanya akan terlahir sendiri dari hati tanpa dipaksa-paksa.


p/s: untuk semua..bagilah sokongan dengan membaca artikel ku.bagi feedback kalau perlu..segala komen dan tunjuk ajar amat dialu-alukan.Oh ya..artikel tu ditulis awal tahun 2004 so ade certain parts yang agak pelik especially the ending.Masa tu zaman-zaman sepi dan single...have fun reading.Peace.


Majalah Eh! Julai 2008
Cover : Awal,Syamsul Yusof,Juliana Evans,Qushairi
Bahagian : Kata Wanita (pg.200)