Monday, September 22, 2008

Selamat datang ke dunia baru...


Isnin lepas sewaktu diklinik aku dapat mms dari nombor yang tak dikenali.Oh tiba-tiba aku jadik cuak.Mungkinkah sepupu ku sudah beranak?Huh aku membalas nombor itu..dan ternyata ia benar.Telahan aku tak silap.Rupa-rupanya mms tu datang dari nombor suami sepupu aku.Wahh..sepupu aku mengandung pon aku masih tak percaya inikan pula sudah melahirkan?Ya Allah..bagai satu keajaiban yang nyata.

Lihatlah diatas ni..betapa comelnya makhluk tuhan yang satu ni.Dikandung selama 9 bulan dan akhirnya keluar juga dia melihat dunia.Perasaan aku bercampur baur antara teruja dan terharu.Sepupu aku yang aku kenal sejak kecik lagi..membesar bersama..menangis tertawa berkongsi suka duka dan citarasa.Saat dia nak melansungkan perkahwinan pun aku masih tertanya-tanya...benarkah semua ini.Sesudah itu..mengandung pula dia...aku masih terpinga.Dan kini selamat melahirkan bayi tercinta.Subhanallah...cepatnya masa berlalu.Kami semua sudah menginjak dewasa dan bekeluarga.Masa yang lalu takkan terulang kembali..cuma kenangan akan kekal abadi antara kita.

Aleen dan Ziq!Jangan lupa doakan aku dan Basha cepat dapat rezeki menimang cahaya mata ye?Nanti semoga anak-anak kita pun akan rapat dan mesra sebagaimana kita dulu.Ah..terlampau banyak suka-duka yang kita jalani bersama..!Oh aku jadi rindu kenangan dulu....


p/s : baby tu nama dia Dania Qistina.cute kan?ahh..jeles nie.

2 comments:

zeezam said...

i miss it too.

daniasyazleen said...

bile aku tgk baby aku ni, ish rase mcm tak sangka pulak.. betul ke anak aku ni.. anak yg ku kandung selama 9 bln, skang dah ada dpan mata. Semua kesusahan dalam hati hilang bile tgk anak kecik ni. Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Ku doakan ko dan basha pon akan cepat2 di kurniakan rezeki dan nikmat Allah yg tak terkira nilainya ini. Aminn...