skip to main |
skip to sidebar
selamat melahirkan Mikhael Ali Imran Diaz pada 28th May 2009 .10.30pm - checked in 4bedded room kat Ampang Puteri Specialist Hospital.11.00 - 2.45am - rasa sakit macam senguggut period dan sakit belakang yang teramat sangat.before this mengandung 9bulan takpenah2 sakit belakang.baca majalah sbb takleh tido.
3.00am-4.30am - tido-tido ayam je sbb sakit belakang yang melampau.kakak sebelah katil me lansung tak tido..cuak kot.
4.30am - nurse masuk and bagi ubat buang air besar...pastu dia buat ctg kat perut.pastu sebelum dia nak masukkan tablet untuk induce kat 'tuut' dia check dulu bukaan.aduh....benci tul seluk2 ni!! sekali cek dah 3cm dah...ape lagi ku ditolak masuk ke labour room.
6.30am - di labour room perut dah memulas bagai nak gile...ikut deal ngan doc nak amik epidural so inform la kat nurse tu.nurse tu cam blur2 sket..cam baru bangon tido je.cisss...pastu die cek bukaan dan selukk lagi...dah 5cm.dia kata nak call dr bius tp taktau sempat ke tak wat epi.
7.00am - nurse shif pagi masuk and selukk laagi..kali ni dah 6cm.dia pon tekejut cepat sangat..so die cakap epidural dah takleh amik.dia masukkan induce drip pastu bagi injection tahan sakit.perut mmg sakit sangat2..memulas cam nak poo poo..malah teruk lagi.tp injection tu lalok sikit so dpt le tahan sakit selang seli ngan tido2 ayam.
10.30am - ku diseluk lagi dan kalini 9cm...sakit mmg dah tak tertahan.rasa cam nak meneran something yang nak kuar sesangat.sampai doc ngan nurse cakap ehh jangan teeran dulu.dierang lak yang panik coz tak prepare lagi..kaki tak gantung lagi..etc.dah siap sume doc rasa kepala baby and dierang ajar cara teran la..masa tu deba masih lalok lagi.2 kali teran tak cukup kuat..kepala baby kuar and masuk balik.so dierang cakap teran puas2..amek nafas pendek and sambung teran.kali ke-3 buat macamtu...dan akhirnyaa...keluarlah baby ku tepat jam 10.53am dengan berat 2.89kg. pastuh kena tekan-tekan perot untuk keluarkan uri and darah terkumpul pulak.tapi syukurlah..semuanya dah selamat
Uhuk..uhuk.salam semua..lamanya tak ber'blogging'.ahh..sesungguhnya masa jauh meninggalkan aku.atau mungkin aku yang meninggalkan masa..aku pun taktau.kekadang ku rasa dah tua sangat sebab tak dapat nak mengejar masa yang semakin lama semakin pantas meninggalkan aku dengan banyak perkara yang belum terlaksana.anyway...diam tak diam aku dah pun selamat melahirkan.masa berlalu terlampau pantas.
Aku terasa seperti baru semalam aku di trimester pertama kehamilan dimana alahan aku sangat teruk.Memang kelakar pun ada bila difikirkan balik..kerana satu makanan pun aku tak berupaya nak jamah..alangkan air pun akan kumuntahkan balik.suami tercinta baunya tak boleh ku cium..tidur sekatil berlainan sisi.sabun yang wangi ku bau busuk sekali.aduh...begini penangan sebuah kehamilan.Trimester kedua pula aku lebih banyak membalas dendam dengan makan sesukahati..aku juga seperti orang lain yang mengidam..atau mungkin aku je yang berpura-pura nak mengidam sebab orang mengandung mesti nak mengidam?eh apa aku mengarut ni.. aku mengidam buah kundang tp idaman aku tu taklah teruk kerana aku sedaya upaya mengawal mengidam aku untuk tidak melarat-larat.bulan ke-7 kehamilan barulah aku dpt buah kundang yang kebetulan musimnya telah tiba.Satu lagi yang aku idamkan atau mungkin teringin ialah tapai pulut.Pada awal kehamilan aku ditegah mengambilnya kerana kandungan asid yang tinggi...akhir kehamilan aku teringin mencubanya...tapi masih ditegah lagi.tapi mak ku kata nak rasa bolehlah..kang kempunan.masalahnya dengan aku ni pulak ialah aku ni pantang dengan tapai pulut.bukan pantang makan tapi pantang jumpa...kurang-kurang 5 bungkus daun pisang hendak aku belasah sesuka-suki. Tapi sebenarnya kehamilan aku tak banyak masalah.aku sendiri tak mengalami sakit belakang yang kronik sepanjang mengandung sedangkan aku mmg ada sakit belakang.cuma di akhir-akhir kehamilan je..dicampur dengan kaki yang mudah membengkak.nasib baik ade Crocs..haha.Siang hari sebelum check in di hospital masih sempat lagi makan pizza hut,jalan-jalan,makan masakan mak.cuma satu je..sepatutnya ku nak ke tesco beli mascarpone untuk melunaskan hajat terakhir before beranak iaitu makan tiramisu buatan sendiri.hanya itu yang tercapai...sebab malam hari dah kena masuk hospital untuk di'induce' .nampaknya habis pantang lew baru tercapai hajatku itu....Lepas ni aku akan blog pasal kronologi bersalin diri sendiri dan mungkin pasal waktu berpantang.tengoklah kalau ku sempat nak berblog sambil melayan anak.hihi...arghh..cepatnya masa berlalu.aku telah tua dan aku telah dewasa...ecewahh.