Tuesday, June 23, 2009

kehamilan yang meyakinkan ?

Uhuk..uhuk.salam semua..lamanya tak ber'blogging'.ahh..sesungguhnya masa jauh meninggalkan aku.atau mungkin aku yang meninggalkan masa..aku pun taktau.kekadang ku rasa dah tua sangat sebab tak dapat nak mengejar masa yang semakin lama semakin pantas meninggalkan aku dengan banyak perkara yang belum terlaksana.anyway...diam tak diam aku dah pun selamat melahirkan.masa berlalu terlampau pantas.
Aku terasa seperti baru semalam aku di trimester pertama kehamilan dimana alahan aku sangat teruk.Memang kelakar pun ada bila difikirkan balik..kerana satu makanan pun aku tak berupaya nak jamah..alangkan air pun akan kumuntahkan balik.suami tercinta baunya tak boleh ku cium..tidur sekatil berlainan sisi.sabun yang wangi ku bau busuk sekali.aduh...begini penangan sebuah kehamilan.Trimester kedua pula aku lebih banyak membalas dendam dengan makan sesukahati..aku juga seperti orang lain yang mengidam..atau mungkin aku je yang berpura-pura nak mengidam sebab orang mengandung mesti nak mengidam?eh apa aku mengarut ni.. aku mengidam buah kundang tp idaman aku tu taklah teruk kerana aku sedaya upaya mengawal mengidam aku untuk tidak melarat-larat.bulan ke-7 kehamilan barulah aku dpt buah kundang yang kebetulan musimnya telah tiba.Satu lagi yang aku idamkan atau mungkin teringin ialah tapai pulut.Pada awal kehamilan aku ditegah mengambilnya kerana kandungan asid yang tinggi...akhir kehamilan aku teringin mencubanya...tapi masih ditegah lagi.tapi mak ku kata nak rasa bolehlah..kang kempunan.masalahnya dengan aku ni pulak ialah aku ni pantang dengan tapai pulut.bukan pantang makan tapi pantang jumpa...kurang-kurang 5 bungkus daun pisang hendak aku belasah sesuka-suki.
Tapi sebenarnya kehamilan aku tak banyak masalah.aku sendiri tak mengalami sakit belakang yang kronik sepanjang mengandung sedangkan aku mmg ada sakit belakang.cuma di akhir-akhir kehamilan je..dicampur dengan kaki yang mudah membengkak.nasib baik ade Crocs..haha.Siang hari sebelum check in di hospital masih sempat lagi makan pizza hut,jalan-jalan,makan masakan mak.cuma satu je..sepatutnya ku nak ke tesco beli mascarpone untuk melunaskan hajat terakhir before beranak iaitu makan tiramisu buatan sendiri.hanya itu yang tercapai...sebab malam hari dah kena masuk hospital untuk di'induce' .nampaknya habis pantang lew baru tercapai hajatku itu....Lepas ni aku akan blog pasal kronologi bersalin diri sendiri dan mungkin pasal waktu berpantang.tengoklah kalau ku sempat nak berblog sambil melayan anak.hihi...arghh..cepatnya masa berlalu.aku telah tua dan aku telah dewasa...ecewahh.

No comments: