Sunday, July 5, 2009

wanita



hmm...ape yang nak di blogkan pepagi ni.aku takleh tido setelah menidurkan anak aku yang baru tido jam 2 pagi.goshh...memang cabaran yang sengit jadi ibubapa ni yerk.yang pasti aku dan hubby..tido malam kami dah tak cukup..dah tak lena lagi.tapi kami tak pernah merungut..kami layan je.kami cool...kami rock...hehe.
being a mum is such a challenge ar..skang aku alami apa yang mak aku alami dulu masa jaga aku.merengek..meraung nak susu...ditatang bagai minyak yang penuh.satu habuk pun taknak bagi lekat pada dia..nyamuk seekor nak hinggap pun aku tak rela.begitulah mak dulu..dan begitulah ibu-ibu yang lain.biar kita yang mengalah dengan masa dan segala..biar kita yang berkorban jiwa dan raga.
malam hari 24 mei sebelum aku berangkat ke hospital..aku masih ingat pelukan mak pada aku.waktu tu aku mintak ampun dan maaf pada dia...sesungguhnya perasaan aku sangat takut.aku rasa macam nak menjalani hukuman mati..sungguh aku tak tipu.dengan ayah pun ku buat yang sama walau hanya melalui suara di telefon.aku sungguh emosional malam itu...memikirkan yang aku bakal di'induce'...aku rasa aku akan beranak secara tidak natural membuatkan takut melahirkan didalam jiwa aku meningkat 200%.
aku sering mengadu pada hubby betapa takutnya aku untuk beranak nanti..bagaimana keadaan aku..bagaimana dengan asma aku...aku selalu asma bila aku panik,menangis,telampau marah atau emosi.lelaki seperti biasa akan menenangkan kita dengan bait-bait indah dan menenangkan dari mulut mereka.dengan hanya berkata yang mereka akan berada di sisi kita...oh kita bahagia seketika.kita bagai diberi ubat penenang... sepupu aku yang beranak beberapa bulan sebelum aku selalu mengatakan yang beranak tak sesakit mana.kita semua boleh melaluinya dengan tenang.cuma akibat terlalu banyak menonton adegan teran meneran-berpeluh-tekangkang-menangis di kaca tv..kita jadi takut secara automatik.ohhh..lakonan mereka yang melebih-lebih sebenarnya...sebab kebanyakan yang berlakon beranak pun belum pernah beranak..so lakonan mereka mmg over.
setiap kali aku pandang wajah imran..aku senyum sendiri..kadang-kadang airmata aku mengalir.aku tak sangka aku dah jadi ibu...semuanya berlalu terlalu pantas dan terasa macam mimpi.aku berjaya juga mengatasinya...mengatasi takut aku.takut untuk beranak..tapi bila tiba masanya hanya satu yang difikirkan..dipermudahkan dan dipercepatkanlah untuk anak ku keluar.pabila dia keluar..segala-galanya bagai berakhir..tetapi hakikatnya kehidupan ku baru bermula saat itu.

tangisan pertama..genggaman pertama..kali pertama dia membuka mata..kami pertama dia menangis minta disusukan dan segala-galanya menjadi pengalaman yang pertama untuk kami.yang pastinya kita kadang-kadang sebagai manusia kita taktau kelebihan dan kekuatan diri kita adalah lebih dari yang kita sangka.betul....siapa sangka aku boleh berkahwin,mengandung,melahirkan,menjadi anak isteri dan ibu.tiada siapa yang sangka kerana hidup ini memang sukar dijangka.begitulah juga dengan diri kita.kerana kita adalah wanita.... :)

No comments: