Wednesday, November 26, 2008

Emosional Mummy ?

Malam ni aku beria-iya baca forum kat cari.com.my yang sepupu aku dah lama soh aku baca tapi aku tak baca-baca gak.Memacam lah yang aku baca..nak bersalin kat mane la..pengalaman2 mengerikan kat hospital mane la etc.

hmm...perasaan aku bercampur baur seh.Macam-macam pendapat dan pengalaman orang yang membuat aku stress,sedih dan sugul gak.Ada jugak yang gembira..semuanya berjalan lancar dan sebagainya.

Ada satu part ni aku tersentuh sangat pasal sakit bersalin...ada yang bila nak bersalin suami tiada disisi.mak aih..sedih giler baca cerita dia.Ada jugak yang kontraksi terlampau lama sampai bila suami dia tengok sendiri suami dia cakap ' yang lepasni takyah la mengandung lagi ye..' tp akhirnya mengandung jugak tanpa dirancang.itulah namanya rezeki.Mencurah-curah airmata aku baca cerita-cerita kat forum ni.Aku jadi sedih giler..terus aku pegang perut aku..ckp2 dengan baby aku.Aku akan cube jadi ibu yang baik untuk dia..kalau aku lahirkan dia nanti,dia kena jadi anak yang baik.Tersedu-sedu aku menangis.Memang rasa emosional betul malam ni.

Masa alahan aku teruk haritu aku memang tak boleh makan lansung..aku menangis..pastu aku tengok mata mak aku berair dan dia cakap 'jangan la nangis..bukan senang nak mengandung ni.Ada orang bile mengandung kena alahan teruk terus cakap lepasni taknak mengandung lagi tp rezeki siapa yang tahu'. Mungkin benda-benda yang dilalui ni lah yang membuat kehamilan dan kelahiran tu satu proses yang mengharukan dan tak mungkin dilupakan..

Betapa takutnya kita pun kita kena tetap jugak lalui pengalaman mengandung dan bersalin tu.Bila dah besar ni baru teringat dulu zaman-zaman nakal bile kita melawan cakap mak,degil,kena marah ngan mak sampai mak menangis-nangis ngan perangai kita.Patut la dia sedih sangat kan...dia ngandungkan kita..susah payah lahirkan kita...kita gi melawan cakap dia lak.Bila dah nak jadi ibu ni barulah kita faham perasaan seorang ibu.Memang lembut dan emosional.Doa-doa lah banyak-banyak moga anak yang dilahirkan sihat,soleh/solehah,dengar cakap kita etc.

Amin .

3 comments:

* ^L i a N a^ * said...

tahniah deep :)

deba said...

thx yana...

daniasyazleen said...

sedih aku bace citer ko ni. mmg bnyk perkara2 yg menakutkan mase proses bersalin. tp bnyk2 kan la berdoa spy segalanya berjalan dgn lancar. ada mase nnti aku postkan amalan2 yg aku buat sepjg tempoh mengandung. ok la dont worry. bayangkan kedtgan anak yg comel dalam keluarga baru k dib. semoga semuanya selamat. aminnn...