Thursday, December 4, 2008

kecomelan drama korea

aku rasa kalau sepupu aku baca ni confirm dieorang akan tesedak.aku dah tersuka tengok cite korea.ape nak jadi dengan aku ni?aku telah tersuka untuk tengok cerita wanted son-in-law 7pm di 8tv.bole tak aku nak memperbesar-besarkan cerita yang hero dia sangat hensem dan kiut.dia nampak lebih kiut dengan muka serius ataupun bile dia buat muka terkejut dengan mulut ternganga.hihi.

aku rasa aku kena memperbesarkan perihal minat aku kepada dia..sebab aku takpenah suke tengok cite korea/jepun especially drama bersiri dia yang cam meleret je bagi aku.aku suke buat muke kalau tgk drama-drama ni kalau kami sleepover di rumah Puan NS dulu.aku tau aku kejam.tapi kini aku telah mendapat balasan yang setimpal.apalah yang ada dengan si mata sepet tuh.oh mungkin jugak aku suka sangat lagu tema drama tu.aku rasa ceria giler bila dengar.aku rasa bersemangat,teruja dan terkesima.mungkinkah aku terlalu banyak dengar lagu-lagu bernada melankoli sampai aku rasa bahagia sangat dengar lagu tema drama tu? mungkin. aku emosional mama yang dengar lagu melankoli.uhuk menyedihkan...

tapi aku tengah senyum sorang-sorang tengok cerita ni.aku suke bila heroin dan hero dia buat muka terkejut dengan mata bulat dieorang.oh ya..mata dieorang tak berapa nak sepet.kenapa ek?dieorang pakai contact-lens diameter besar yang digembar-gemburkan sekarang tu kot.sebab tu dieorang nampak comel tanpa ke'sepet'an.ohhh..tetibe aku rasa bahagia...dan sedikit angau.aku selalu rasa aku akan jadi mama yang gila.atau mungkin gila-gila.

2 comments:

daniasyazleen said...

wah..aku bangga dgn pencapaian ko skang..hahaha. lepas ni, try la carik citer FULL HOUSE. laki aku dulu tak layan korea lepas jek layan citer ni die dah gile tgk citer korea tau. hahaha.

ecah, terbang di awangan said...

bes ke cite tu deep . ? mcm boring je aku lihat . krkrkrk . aku pon ketagih tgk korea jgak mse kt miri dlu . tu yg asek kantoi je study dok lyn muvi . hahak . yeye, cite fullhouse best . cite coffee prince, cite witch yoo hee, cite delightful girl choon hyang .. aa .. yg lwk2 je aku tgk . cinta2 ni x ..