Tuesday, May 4, 2010

Blogger Famous

Skang ni semua org nak blog.besepah blog sampai semak mata.semak tu bukan ape..sebab taktau sape yang bebetul blog sebab nak blog atau blog semata-mata nak kutip duit nuffnang je.sampai 3-4 kali post sehari...tapi post jadi hampeh dan kosong.macam sekam padi.golongan ni 'kononnya' akan pergi blogwalking dan tinggalkan link atau msg dalam shoutbox.pastu berbalas-balas la klik-mengklik dan sebagainya.Ini untuk yang blogging khas nak collect traffic je.

Kalau blogger famous macamane plak ? haha.

Blogger famous dia akan blogwalking jugak..tp tulaah dekat blog-blog yang pemes juga ler.baru la setaraf beb.dia takkan exchange link ngan org yang terdesak ajak2 exchange link.dia akan PILIH link yang dia nak letak kat blog dia.they got the power.blogger famous ni kekadang takde shoutbox pon coz dia menyampah ngan org2 desperate yg suke dok blogwalking..pastu tinggalkan msg annoying macam

"hye..i dah link you.linked me back ya"
Jangan ko mimpi dieorang nak layan.hahaha.pastu dierang takde masa nak layan sesi Q & A nih.dierang bukan kaunter pertanyaan...tapi oleh sebab skang dah ade formspring..so dierang pakai la.baru la teknologi sket...korang leh la tanya soalan2 femes kat situ.jangan email2..dierang bo layan nanti.kat formspring tu bole la tanya...
" leh x jadi adik angkat ? "
haha.pissed off la dierang beb.tak standard lansung soalan korang ni.soalan gila haprakk.pastu jangan harap la dierang nak balas comment satu-satu.telampau banyak beb..tak telayan.
dah la.end of shit.
nota kaki : aku ni blogger tak femes je.nak guna nuffnang pon tak reti.phewww!

Tuesday, April 27, 2010

ILMU HIDUP - Anak

It's been a while.nampaknye azam nak menjadi blogger tegar yang update post setiap hari adalah sedikit sukar.bz je memanjang...banyak giler keje nak buat rasanya.lagi-lagi sejak dah ada online biz ni iaitu The Hijabians so makin banyak la keje.kena bahagi masa antara keje realiti,imran dan online biz.

Anyway ada cerita menarik untuk diblog kan harini.Minggu lepas hari sabtu tak silap..ada terbaca dalam Metro pasal sorang ibu muda berumur 42thn yang mempunyai 13 org anak.giler KAGUM ar dengan dia.one thing pasal dia..dia menjelaskan yang dia suka dan seronok ada anak ramai.dan yang bagusnya...dia melengkapkan diri dia secara mental dan fizikal untuk jalan yang dia pilih iaitu - anak ramai.so..itu menunjukkan peribadi dia yang dia dan suami dia sangat bertanggungjawab dengan keputusan dan pilihan peribadi dia.itu yang buat aku KAGUM dan HORMAT.
Sekurang-kurangnya dia bukan orang yang anak berderet-deret lepastu mengadu kat suratkhabar yang hidup dia daif dan perlukan bantuan kewangan.tak respek siot.bukan pula aku ni takde hati dan jiwa.bukan aku tak kesian.tapi orang macamni tak bertanggungjawab dengan keputusan dia sendiri.bagi aku la...jgn sesekali salahkan takdir.sesungguhnya kita yang mencorak takdir kita sendiri.maka kita yang bertanggungjawab atas kewujudan dia dalam janin,kelahiran dia,tumbesaran dia,pembelajaran dia.kita jangan menafikan hak dia.adalah hak dia untuk mendapat yang terbaik dari kita.kalau dia besar sikit..kite nak suruh dia buat hal sendiri pulak ?kita yang bertanggungjawab memberi yang terbaik untuk dia dari kecil sampai dewasa.kalau sekadar ada lepastu biarkan sepah sini sana..masya Allah lebih baik tak payah.
Topik ni aku tau mmg sensitif dan subjektif.aku bukan anti org anak ramai.BUKAN.aku rasa aku rasional.aku respek kalau orang tu suka ada anak ramai untuk memeriahkan keluarga dia sendiri dan dalam masa yang sama dia menjaga,mendidik,mengasuh anak dia dengan penuh tanggungjawab dan dia tetap boleh memberikan yang terbaik untuk anak dia dari semua aspek.
Kita kena melalui untuk merasainya.sebab tu ade sesetengah orang ada anak dia kaget dan bingung.macam aku sendiri..aku mengaku yang aku ada sikit2 PND dan 'baby blues' sewaktu mula-mula melahirkan imran dulu.sebab aku tak biasa.tengok je orang bela anak macam senang...alahh kacang je.itu anak orang beb..anak sendiri lain okeh.kita kena berani hadapi realiti.kita kena berani cakap yang sebenarnya ada antara kita ni tak mampu dan tak layak ada anak.sebab tu lah banyak jadi kes buang anak ,dera anak etc.So kita jangan sempitkan diri kita dengan benda negatif.kita jangan hadkan diri kita untuk mencari ilmu hidup seperti PERANCANGAN KELUARGA.ia bukan TABOO
tapi ia perlu.ilmu hidup keibubapaan lain ialah BREASTFEEDING.kena ambil tahu kenapa ianya penting.mustahil ianya dicatat dalam Al-Quran hanya untuk sia-sia. cara hidup sekarang bukan seperti dulu.tengok je kecanggihan dengan internet dan media massa.semua tu pengaruh kehidupan.secara personal aku rasa macam budak-budak zaman sekarang sangat 'struggle' semata-mata untuk menyesuaikan diri dierang dengan persekitaran dan kawan-kawan.semua orang nak jadik 'somebody'.budak 8thn tgk porno..bawak CD porno pegi sekolah share ngan kawan2.hebat tak ?tak percaya?? ya..itu generasi kini.kita nak kekang anak dari anasir negatif itu setiap parents ada cara mereka tersendiri.anak aku pon belum tentu.sampai aku selalu cakap dengan encek wan...kita cari duit banyak2..nanti anak da start sekolah kita pindah kampung nak...takyah duduk kat KL ni lagi.bukan apa..sakit mata dan sakit hati dengan perangai anak remaja terkini.TAPI...hakikatnya kat kampung sapa yang tahu alkisahnya?aku mmg takda kampung..aku lahir kat KL je.tapi merasa la balik kampung org lain...contoh dalam satu kampung ade 30 buah rumah.10 buah rumah tu ada anak luar nikah yang BUDAK SEKOLAH MENENGAH lahirkan.20 buah rumah tu setiap satu ada anak yang jadi penagih dadah TEGAR.tak percaya lagi ?? ini realiti.aku sendiri kejutan budaya masa mula-mula dapat tahu.KL pon tak canggih camni.So kesimpulan yang aku buat tempat bukan ukuran.bandar ke..kampung ke...bukan kita untuk menilai.tapi cara hidup kita dalam keluarga yang akan mempengaruhi kita sampailah kita dewasa nanti.aku banyak tengok ada keluarga yang anak ramai ke anak sikit ke yang mana anak-anak semua berjaya dalam akademik dan kehidupan...satu je tunjang dia yakni ILMU AGAMA.aku pon berharap aku dapat menyempurnakan kehidupan Imran.Wallahuallam.


nota kaki : tapi kalau duit da banyak nanti tetap nak pindah gak.nak pindah kat rumah tepi laut.hehe

Tuesday, April 20, 2010

Harijadi

suku abad.itu aku.omg
aku dah suku abad harini.25thn.tak sangka cepat sungguh masa berlalu.aku rasa masih di alam remaja...suka-suki-sana-sini.rupanya semuanya dah berlalu..haha.aku hidup dimasa kini.bersama suami dan imran.aku sedih jugak la..sebab ada banyak lagi perkara yang tak terlaksana dalam hidup aku.aku masih disini.aku masih tak kejar impian aku..apa yang aku nak jadi.aku masih berusaha.
tapi syukur alhamdulillah...aku masih hidup sampai harini.takda sebab untuk aku tak berterima kasih dan mensyukuri-NYA.setiap kali harijadi..kita makin tua.tahun berlalu bagai bulan.rasanya baru semalam mengadap harijadi yang lepas..harini sudah harijadi tahun ini.masa oh masa.tak terkejar aku dibuatnya.
hidup kita sebagai manusia penuh dengan impian dan cita-cita.samada kita tak serius mengejarnya atau kita taktau cara sebenar meneruskannya.aku tak pasti aku dimana.mungkin aku selalu memberi alasan.alasan dalam hidup.itu ini.sibuk..takda masa..tak sempat.maka kalau aku terus macamni aku takkan dapat mencapai impian aku sampai bila-bila.
dan tak dapat lah nak tengok nama aku sendiri atas kulit buku impian.eh aku bukan riak atau gila glamer pulak.takda masa nak layan.aku minat la..mmg minat.dah tau apa impian aku?

lu pikir lah sendiri. :p

nota kaki : selamat harijadi untuk diri sendiri.muahaha

Thursday, April 15, 2010

Kekesalan

Secara seriusnya aku taktau nak blog tentang apa.aku selalu macamni bile depan pc aku akan automatik jadi blur tak pasal-pasal.
Aku nak blog pasal hidup aku..aku rasa hidup aku berlalu terlalu pantas.dan aku masih macam dulu.aku masih seperti 2-3 thn dulu.tak banyak perubahan.azam-azam yang tidak terlaksana sepenuhnya,tiada transformasi drastik mengubah hidup.itu aku.yang paling hebat yang berlaku ialah kehadiran IMRAN , dah tentu.Tapi bila imran pon dah nak masuk 11 bulan tak lama lagi..aku kaget.masa berlari mengatasi aku lagi.Bulan depan Imran genap 1thn.shit.gile cepat...serious!aku mcm tak ready.aku rasa nak freeze kan masa yang ada.aku tak puas lagi dengan keletah dia.aku tak puas nak peluk dia..gendong dia...cium dia..breastfeed kan dia.Aku sedih tak pasal-pasal.bbukan aku taknak dia besar cuma aku rasa tak luangkan cukup masa dengan dia.
Cerita pasal masa..sebenarnya banyak bende yang aku nak ubah seandainya aku punya peluang untuk memutar masa.hakikatnya tidak...kita sebagai manusia kena bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan kita sendiri.kita kena menerima perkara yang lepas sebagai perkara yang telah berlalu dan takkan berulang lagi.tapi adalah tanggungjawab kita juga untuk tidak mengulang kesilapan yang sama nanti.
Ada perkara yang aku tak buat tapi aku nak buat..dan ada perkara yang aku dah buat dan aku harap aku tak pernah buat.tapi tu sume tak mungkin kan ?Aku sendiri adalah anak yang bertuah kerana segalanya cukup serba-serbi.Aku tak punya adik..aku tak ramai kawan sejak sekolah rendah.Dunia 'perkawanan' aku sungguh kecil.sepupu-sepupu aku lah BFF aku.pakwe aku..selepas tu tunang dan kini suami aku pon lah BFF aku.Bila Imran hadir gembira dan 'blur' dalam masa yang sama.aku takde pengalaman lansung.dan aku takde sape nak tolong aku..kecuali suami aku.hari-hari awal..dia lebih pandai menjaga imran..melayan imran..tukarkan pampers imran.aku masih dalam 'mode' blur.nasib baik dia ada (dalam hati aku berkata).Semakin lama aku mula belajar dan pandai menguruskan imran.
Tapi...mungkin kerana di hari awal tu aku mengalami baby blues dan jadi zombie di malam hari..dan aku berpantang seorang diri maka menjadikan aku trauma.hmm..aku rasa pelik.ada 2-3 keputusan aku yang aku menyesal sampai harini.tapi aku takkan boleh mengubahnya.hakikat itu pasti.tapi masih belum terlambat lagi?aku akan buat apa sahaja untuk memperbaiki kesilapan aku..demi Imran.
Aku taknak jadi orang yang gagal semata-mata kerana dah terbiasa berada di 'zon selesa'.aku pon nak cuba buat keputusan yang betul..berfikir masak-masak sebelum buat keputusan..kerana aku dah penat nak menyesal tentang perkara-perkara lepas.sebenarnya..kita sebagai manusia sering membuat keputusan mengikut nafsu dan amarah kita.boleh ke nak ubah?boleh tapi susah..dan benda susah manusia akan cepat bosan.aku harap aku
tak....bosan.

Friday, April 9, 2010

entomophobia

entomophobia = fobia kepada serangga.

so aku entomophobia.secara terang dan telusnya cockroach-phobic.tapi dah google tadi takde spesific name untuk fobia kepada en.C ni.aku mmg fobia sampai nak menaip 'dia' pon aku tak sanggup.dipendekkan cerita ada la pengalaman ngeri minggu lepas yang nak kongsi kat sini.weekend lepas aku ngan wan nak keluar makan malam.so lepas tgk wayang kami pusing KL terus ke Kg.baru...dan sebagainya tanpa arah tuju nak makan kat mane.akhirnya kami berhenti di salah satu kedai di Kg.baru yang namanya LaLa Seafood.

sebenarnya aku dah lama nak makan kat situ sebab setiap kali lalu kat tepi jalan mesti nampak kedai tu cam meriah and ramai org.lagi satu yang menarik perhatian ialah dia ada cam meja khas untuk 'Desserts' yang cam ala-ala thai like somtam,bubur manis dan sebagainya.so dah puas pusing kami stop situ jelah dah alang2..
Mula-mula sampai kami duduk belah atas (macam pangkin rumah kampung)..pastu hubby ngadu panas so untuk lebih udara kami pindah le kat bawah.tapi kami dah order air dan makan belum.Baru je duduk aku tengok ade couple sebelah meja kiterang huru-hara.awek tu bangun dengan cepatnya sambil menyelamatkan air dia dan lari.aku pelik.rupanya ade lipas naik kerusi dia.owh..saat tu aku ok lagi.oklar...seekor.(sedapkan hati sendiri)
sebenarnya aku cuak jugak lagi2 sbb meja yang kami duduk tu takde tempat letak kaki tu.so..time aku jenguk bawah meja tu..baru aku pasan yanng kat lantai dierang penuh ngan lipas.OMG.ade dekat 6-7 ekor dan itu yang aku nampak.mase tu aku dah tak pk panjang.aku duduk menyenget dan tumpangkan kaki aku atas kaki wan.aku mmg serius dah cuak.aku buat muka kesian kat wan....aku cakap aku tak bole la nak makan camnie.tolong arr...banyak gile.kalau seekor takpe lagi.wan pon kesian so kami pindah atas balik atas pangkin tapi meja lain kali ni.
Baru je duduk...aku letak je tangan atas meja tiba-tiba ade mende terbang atas tangan aku.secara automatik aku tepis.dan dia landing lagi..aku tepis lagi.dia landing atas meja.OMG.apa lagi..bende 'haram jadah' tu lahhhhhh!pastu wan lak tepis dia kebawah.sambil aku tepis tu mmg aku menjerit terkejut la sbb tetibe je 'haram jadah' tu dah ada atas tangan aku.ramai dok usha aku...dem...lepas tu aku dah buat muka dah.aku baru cakap ngan wan "taknak ar makan kat sini.."..pelayan pon sampai hantar air.wan cakap oklah habiskan air pasnie kita blah.okla fine.aku baru nak sedut air teh o ais limau aku tibe-tibe 'haram jadah' tu lalu pulak kat sebelah kayu yang aku landing tangan.ekor mata aku cepat je perasan ade bende hitam bergerak.dem..dem..dem.mase tu aku dah tak boleh blah lagi dah.aku terus bangun and cakap aku tunggu kat kete and terus lari.aku mmg da tak pedulik ngan org.satu kedai usha aku.pedulik hape aku.tak sanggup aku nak berpura-pura cun control malu makan kat kedai camtuh.yer..aku lari.aku mmg freak out giler mase tu.automatik semput aku datang...sial betul la.aku mmg rasa sial sangat malam tu.
Masuk keta aku emo.aku geli geleman.aku masih rasa lagi bende tu landing atas tangan aku.satu badan aku geli.aku rasa cam ada bende merayap rayap.sampai camtu sekali perasaan aku.tapi aku bukan buat2.aku mmg takot ngan 'haram jadah' tu.dari dulu sampai sekarang.perasaan aku takkan berubah.fullstop. so deal with it.aku bukan nak malukan kedai tu..tapi serius aku tak tipu 'haram jadah' tu mmg banyak merayap satu kedai tu.aku pelik camne pelanggan kedai tu leh makan ngan tenang.bukan sekor dua...BANYAK.aku ni bukannye jenis yang nak makan kedai mahal-chantek-standard.gerai tepi jalan pon aku makan.tapi gerai tepi jalan pon tak banyak 'haram jadah' tu macam yang kat kedai tu.hmmm...aku balik dengan perasaan geram dan tension.aku cakap ngan wan aku nak complain kat DBKL.dia takasi.aku bukan dengki sehh....jauh sekali aku nak malukan kedai tu.tapi...ni dah melampauu !!!aku taleh terima ok.pengalaman ni betul-betul buat aku trauma.dem....

Wednesday, April 7, 2010

Size 12 is not FAT.

oklah...to be honest i've been dealing with my body issues since forever.sejak high school pon aku sendiri tak penah begitu kurus.macam tu jela...aku masih ingat lagi kata-kata cikgu english aku masa form 5 which is Mr.Velloo...

"Adibah...you are not neither fat nor thin"
ayat tu mmg tak menjelaskan ape-ape secara terang tetapi dengan ayat tu jugaklah kenapa aku masih ingat ayat tu sampai sekarang.aku paham maksud dia.for real..aku pakai jeans size 32 since forever ok.since giordano jeans aku dari umur 13 sampai sekarang.(err..bukan sekarang).tapi mase tuh mungkin jeans tu agak longgar dan tak la mengikut cutting.makin aku dewasa saiz jeans tetap sama cuma badan makin gemok so bile pakai nampak 'montok' (ni ayat sedapkan hati aku).size 32 ni sama la dengan UK sizing which is 12 atau dalam erti kata lain XL.
bukan senang nak bersaiz 12 ni aku rasa sebab saiz ni selalunya adalah garisan halus yang memisahkan seseorang daripada gemuk.kalau cakap saiz 14 tu selalunya dah dikategorikan berisi/gemuk.kalau cari baju dah kena pegi plus size section.ini selalunya lah..tapi bukan aku yang kata..ni kebiasaan yang aku perhatikan atau observe.aku tau tak adil.dunia ni mmg selalu tak adil.tapi bukan dunia tapi orang dalam dunia ni mmg takpenah adil.urgh.
sebenarnya aku tak pernah amik port pasal sizing ni..sehinggalah aku mula nak belajar pakai jeans Levi's.so..dipendekkan cerita size terakhir for levis ladies ni ialah size 32.so setiap kali aku nak mintak kat jurujual tu saiz 32 mesti rasa malu giler.aku malu pon bukan sbb diri aku okey...tapi sebab reaksi yang jurujual2-wanita-kurus-kering-yang-buat-muka-dan-suara.contoh perbualan :-
Aku : ni ada tak size 32.. (lepas pilih design)
Jurujual : hmm...size 32 tak banyak pilihan la (sambil buat muka)
Aku : hmm..tunjuk la design yang ada size 32.
Jurujual : (cari saiz dengan tak rela..)
Shit la.kenapa ko tak jawab ke soalan aku?nak cakap saiz 32 tak banyak pilihan ar plak.why do u have to make me feel bad.aku tau aa ko kurus kering pakai Levi's size 24 pinggang cam kerengga perangai cam mak nenek.urgghhh.kadang-kadang aku naik malu nak pergi kedai Levi's both outlet and retail.aku rasa pissed off and low self esteem setiap kali aku pergi.aku selalu suh hubby yang mintakkan size.kesian dia.aku rasa Levi's sangat diskriminasi sebenarnya.kenapa nak buat sampai size 32 je?nak buat pempuan-pempuan yang bertubuh berisi/montok rasa down.apa motif?tolongla buat research...sebenarnya banyak perempuan yang tak penah puas hati ngan bentuk badan dierang.kalau kena yang peha ngan montot besar (macam aku) ni camne lak?huh..akibat amarah aku penah meletakkan quote tersebut di profile myspace aku.
my new war is " hentikan diskriminasi terhadap wanita berbontot besar "
penulis terkenal Meg Cabot pon penah buat novel bertajuk Size 12 Is Not Fat untuk wanita-wanita size 12 ni.aku sendiri tak penah baca tapi aku pasti motifnya sama je.untuk clarify yang size 12 bukan size untuk org gemuk.bila kita membuat persepsi benda tu akan jadi berlarutan da menjadi satu trend dan kepercayaan karut.bila kita remaja..paham paham jelah..peer pressure adalah sangat tinggi.kita sendiri taknak fikir kita ni teruk just because others make such quote.bende ni mmg tak betul dan kita kena ubah persepsi.ini bukan trend.semua orang ade hak terhadap size jeans mereka.sukahati lah kita meletakkan diri kita di posisi apa..atau memakai jeans saiz berapa.kita bukan penilai dan jangan sekali kali menjadi penilai.
nota kaki : saya bukan lagi bersize 12 atau ber jeans size 32. :S

Tuesday, April 6, 2010

back to life..back to reality

hmm...lama gila tak blog okeh.imran pon dah 10 bulan..tak lama lagi 11...bulan depan 1thn.OMG.cepatnye cepatnyaaa...tolong aa freezekan masa boleh tak.aku rasa macam baru je mengandung....pastu beranak...and masuk new year.tupp tup...dah setahun dah berlalu.tskk..tskk.
okla...walaupun dah masuk bulan april ni..which is my befday..hihi..ada a few things and places yang boleh dishare kat sini




Tioman

firstly 18 february haritu...aku gi tioman dengan beberapa buah keluarga kami termasuk sepupu-pupu terchenta.wahh mmg bestt lahh..tak sangka dapat bercuti di awal tahun.akhirnyaaa dapat jugak pegi holiday setelah puas stress segala kan.yang bestnya holiday tu free jela except for transportation ke mersing coz tempat tinggal adalah FOC kerana dimiliki oleh salah seorang ahli keluarga.waaa free beb..sape tak suke.ok chalet ni lebih kepada boutique resort yang terletak bersebelahan dengan Japamala resort yang sangat terkenal dikalangan foreigners di Tioman ni.so rasanya chalet ni mmg akan memberi saingan yang sengit lah jugak kepada Japamala.kalau tak percaya tengok gambar atas tu... tapi resort tu masih dalam pembikinan dan dijangka setiap setahun dua lagi kot wallahuallam.


Redang

balik je dari tioman..sampai mersing after breakfast kami semua dah sebok plan for next holiday.over betul kan?da jadi giler holiday pulak.yang paling over sekali ialah mak buyung kite..tak padan ngan nak beranak tuh..hihi.plan pegi bulan july tapi masa tu dah dekat sangat ngan due date aleen which is in july.kang teberanak lak kat redang tu kan...choyy !last-last since Laguna redang ade buat early bird promo so kami pon proceed lah ke situ je untuk bulan 3...huhu.ngam ngam sebulan pegi lagi becuti kita!yeehaa..tp yang bestnya tempat tu mmg mengimbau kenangan lah sebab dulu sebelum kawen aku sampai 2x pergi...aleen 3x pergi...pastu honeymoon sekali.so total untuk aku ialah 3x.setiap kali pergi mmg tak pernah bosan...so after 2 years(how time flies...geeshh) im finally back laguna...with my baby imran !!
kali ni yang pergi ade besh dan tak beshnya la...yang tak beshnya ialah angin dan ombak sangat kuat dan deras sampai bot yang kami naik tu mmg adventerous habis la...ibarat cam naik kapal lanun kalau kat funfair atau kat sunway lagoon tu la.bederau-derau..naik turun darah.adoila..sampai redang badan pon lembik.cuaca kat redang sepanjang 3hari kat sana agak mendung dan hujan...tak penah gi redang hujan so kali ni nasib mmg tak berapa baik lah.time yang paling chantek untuk ke Redang ialah bulan mei...cuaca ok..laut pon tak begitu bergelora..bak kata org PERFECT!


Rambut

setelah sekian lama berambot panjang dan asyik sayang nak potong...akhirnya aku buat jugak tindakan drastik untuk memotong pendek paras bahu sehari sebelum pegi redang.hmm..dari dulu selalu cakap nak potong nak potong...nak tukar fesyen konon.sampai je kat salon jadik emo dan sayang...ape lagi trim hujung jela jawabnye.kali ni pon same jugak...sampai je salon hati dah belah bagi dah.shit.jgn nak mula k...kali ni kena kuat semangat sket babe....
urghh..terus mintak leng chai tu majalah and pilih cutting rambot yang paras-paras bahu ni.nekad je ler...at first bila rambot dah siap memula tak bape nak suka ar.tp pastu senyum sorang kejap.rasa macam org baru.rasa lain sangat.wow...betul la org kata kan kalau potong rambut setelah sekian lama ni boleh buat kite rasa macam seseorang yang baru.so kesimpulannye..kalau nak 'perasaan' yang begitu..jangan lah pegi salon selalu.haha



Azam

ekceli dah agak terlambat untuk azam tahun baru kan.babe..ni dah april.(gua cakap ngan diri sendiri..gua mmg freak yang kekadang cakap sorang-sorang kalau laki gua taknak layan gua..hihi)tapi takpe..takpe..takpe babe.ni baru april.better than nothing kan ?
so adelah beberapa azam yang aku harap dapat aku laksanakan untuk tahun 2010 ni.sebenarnya aku tak rela...gila punya tak rela masa berlalu cepat sangat.tahun ni aku...25.aku dah tua siot.tp aku rock.hati aku rock lagi...boleh gitu?betul ke org kata usia tak penting?bagi aku penting...sbb aku rase tua gile dowh.bebudak kecik-kecik kat kedai tu dok panggil aku makcik.OMG betul lah.rasa nak penyepak je.seb baik budak.aku tua sebelum usia ke weh?aku tau aa aku comot/selekeh waktu kerja.arghhh..tp aku muda lagi.dan aku bukan makcik kau.(cakap dalam hati)
berbalik kepada azam...salah satu azam adalah nak mengupdate blog dengan lebih giat...nak jadi blogger wanita tegar ala ala Anna Joe atau Ladynoe ke?boleh gitu?anna joe ni aku takenal..tapi dia ni giler femes.why?coz dia lain dari lain kot.dia ada identity.cool. ladynoe ni pulak aku kenal dia tapi dia tak kenal aku...boleh gitu?aku kenal dia coz dia penah menjadi chatter tegar di #punkrock dulu..sebegitu juga aku.dan sebenarnye aku pernah jumpa dia kat luar..aku ingat lagi malam tu masa world cup kot argentina VS brazil kehape tah?tp di NZ la yang aku ingat.tp dia mmg lawa..cute je orangnye..tinggi.tapi..macam aku cakap le...aku je kenal dia.haha.
aku ada la 2-3 azam lagi tapi takyah la aku nak uraikan kat sini sebab ianya lebih kepada personal dan melibatkan aku sebagai ibu dalam famili.hmm...kite tengok jelah azam aku ni terlaksana ke idak yer.


p/s : oleh sebab lama tak blog maka sebenarnya aku dah tak bape reti nak ber blog.sebab tu serabut je aku baca posting aku ni.kalau korang pon serabut aku minta maaf.LOL