Tuesday, April 27, 2010

ILMU HIDUP - Anak

It's been a while.nampaknye azam nak menjadi blogger tegar yang update post setiap hari adalah sedikit sukar.bz je memanjang...banyak giler keje nak buat rasanya.lagi-lagi sejak dah ada online biz ni iaitu The Hijabians so makin banyak la keje.kena bahagi masa antara keje realiti,imran dan online biz.

Anyway ada cerita menarik untuk diblog kan harini.Minggu lepas hari sabtu tak silap..ada terbaca dalam Metro pasal sorang ibu muda berumur 42thn yang mempunyai 13 org anak.giler KAGUM ar dengan dia.one thing pasal dia..dia menjelaskan yang dia suka dan seronok ada anak ramai.dan yang bagusnya...dia melengkapkan diri dia secara mental dan fizikal untuk jalan yang dia pilih iaitu - anak ramai.so..itu menunjukkan peribadi dia yang dia dan suami dia sangat bertanggungjawab dengan keputusan dan pilihan peribadi dia.itu yang buat aku KAGUM dan HORMAT.
Sekurang-kurangnya dia bukan orang yang anak berderet-deret lepastu mengadu kat suratkhabar yang hidup dia daif dan perlukan bantuan kewangan.tak respek siot.bukan pula aku ni takde hati dan jiwa.bukan aku tak kesian.tapi orang macamni tak bertanggungjawab dengan keputusan dia sendiri.bagi aku la...jgn sesekali salahkan takdir.sesungguhnya kita yang mencorak takdir kita sendiri.maka kita yang bertanggungjawab atas kewujudan dia dalam janin,kelahiran dia,tumbesaran dia,pembelajaran dia.kita jangan menafikan hak dia.adalah hak dia untuk mendapat yang terbaik dari kita.kalau dia besar sikit..kite nak suruh dia buat hal sendiri pulak ?kita yang bertanggungjawab memberi yang terbaik untuk dia dari kecil sampai dewasa.kalau sekadar ada lepastu biarkan sepah sini sana..masya Allah lebih baik tak payah.
Topik ni aku tau mmg sensitif dan subjektif.aku bukan anti org anak ramai.BUKAN.aku rasa aku rasional.aku respek kalau orang tu suka ada anak ramai untuk memeriahkan keluarga dia sendiri dan dalam masa yang sama dia menjaga,mendidik,mengasuh anak dia dengan penuh tanggungjawab dan dia tetap boleh memberikan yang terbaik untuk anak dia dari semua aspek.
Kita kena melalui untuk merasainya.sebab tu ade sesetengah orang ada anak dia kaget dan bingung.macam aku sendiri..aku mengaku yang aku ada sikit2 PND dan 'baby blues' sewaktu mula-mula melahirkan imran dulu.sebab aku tak biasa.tengok je orang bela anak macam senang...alahh kacang je.itu anak orang beb..anak sendiri lain okeh.kita kena berani hadapi realiti.kita kena berani cakap yang sebenarnya ada antara kita ni tak mampu dan tak layak ada anak.sebab tu lah banyak jadi kes buang anak ,dera anak etc.So kita jangan sempitkan diri kita dengan benda negatif.kita jangan hadkan diri kita untuk mencari ilmu hidup seperti PERANCANGAN KELUARGA.ia bukan TABOO
tapi ia perlu.ilmu hidup keibubapaan lain ialah BREASTFEEDING.kena ambil tahu kenapa ianya penting.mustahil ianya dicatat dalam Al-Quran hanya untuk sia-sia. cara hidup sekarang bukan seperti dulu.tengok je kecanggihan dengan internet dan media massa.semua tu pengaruh kehidupan.secara personal aku rasa macam budak-budak zaman sekarang sangat 'struggle' semata-mata untuk menyesuaikan diri dierang dengan persekitaran dan kawan-kawan.semua orang nak jadik 'somebody'.budak 8thn tgk porno..bawak CD porno pegi sekolah share ngan kawan2.hebat tak ?tak percaya?? ya..itu generasi kini.kita nak kekang anak dari anasir negatif itu setiap parents ada cara mereka tersendiri.anak aku pon belum tentu.sampai aku selalu cakap dengan encek wan...kita cari duit banyak2..nanti anak da start sekolah kita pindah kampung nak...takyah duduk kat KL ni lagi.bukan apa..sakit mata dan sakit hati dengan perangai anak remaja terkini.TAPI...hakikatnya kat kampung sapa yang tahu alkisahnya?aku mmg takda kampung..aku lahir kat KL je.tapi merasa la balik kampung org lain...contoh dalam satu kampung ade 30 buah rumah.10 buah rumah tu ada anak luar nikah yang BUDAK SEKOLAH MENENGAH lahirkan.20 buah rumah tu setiap satu ada anak yang jadi penagih dadah TEGAR.tak percaya lagi ?? ini realiti.aku sendiri kejutan budaya masa mula-mula dapat tahu.KL pon tak canggih camni.So kesimpulan yang aku buat tempat bukan ukuran.bandar ke..kampung ke...bukan kita untuk menilai.tapi cara hidup kita dalam keluarga yang akan mempengaruhi kita sampailah kita dewasa nanti.aku banyak tengok ada keluarga yang anak ramai ke anak sikit ke yang mana anak-anak semua berjaya dalam akademik dan kehidupan...satu je tunjang dia yakni ILMU AGAMA.aku pon berharap aku dapat menyempurnakan kehidupan Imran.Wallahuallam.


nota kaki : tapi kalau duit da banyak nanti tetap nak pindah gak.nak pindah kat rumah tepi laut.hehe

No comments: