Secara seriusnya aku taktau nak blog tentang apa.aku selalu macamni bile depan pc aku akan automatik jadi blur tak pasal-pasal.
Aku nak blog pasal hidup aku..aku rasa hidup aku berlalu terlalu pantas.dan aku masih macam dulu.aku masih seperti 2-3 thn dulu.tak banyak perubahan.azam-azam yang tidak terlaksana sepenuhnya,tiada transformasi drastik mengubah hidup.itu aku.yang paling hebat yang berlaku ialah kehadiran IMRAN , dah tentu.Tapi bila imran pon dah nak masuk 11 bulan tak lama lagi..aku kaget.masa berlari mengatasi aku lagi.Bulan depan Imran genap 1thn.shit.gile cepat...serious!aku mcm tak ready.aku rasa nak freeze kan masa yang ada.aku tak puas lagi dengan keletah dia.aku tak puas nak peluk dia..gendong dia...cium dia..breastfeed kan dia.Aku sedih tak pasal-pasal.bbukan aku taknak dia besar cuma aku rasa tak luangkan cukup masa dengan dia.
Cerita pasal masa..sebenarnya banyak bende yang aku nak ubah seandainya aku punya peluang untuk memutar masa.hakikatnya tidak...kita sebagai manusia kena bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan kita sendiri.kita kena menerima perkara yang lepas sebagai perkara yang telah berlalu dan takkan berulang lagi.tapi adalah tanggungjawab kita juga untuk tidak mengulang kesilapan yang sama nanti.
Ada perkara yang aku tak buat tapi aku nak buat..dan ada perkara yang aku dah buat dan aku harap aku tak pernah buat.tapi tu sume tak mungkin kan ?Aku sendiri adalah anak yang bertuah kerana segalanya cukup serba-serbi.Aku tak punya adik..aku tak ramai kawan sejak sekolah rendah.Dunia 'perkawanan' aku sungguh kecil.sepupu-sepupu aku lah BFF aku.pakwe aku..selepas tu tunang dan kini suami aku pon lah BFF aku.Bila Imran hadir gembira dan 'blur' dalam masa yang sama.aku takde pengalaman lansung.dan aku takde sape nak tolong aku..kecuali suami aku.hari-hari awal..dia lebih pandai menjaga imran..melayan imran..tukarkan pampers imran.aku masih dalam 'mode' blur.nasib baik dia ada (dalam hati aku berkata).Semakin lama aku mula belajar dan pandai menguruskan imran.
Tapi...mungkin kerana di hari awal tu aku mengalami baby blues dan jadi zombie di malam hari..dan aku berpantang seorang diri maka menjadikan aku trauma.hmm..aku rasa pelik.ada 2-3 keputusan aku yang aku menyesal sampai harini.tapi aku takkan boleh mengubahnya.hakikat itu pasti.tapi masih belum terlambat lagi?aku akan buat apa sahaja untuk memperbaiki kesilapan aku..demi Imran.
Aku taknak jadi orang yang gagal semata-mata kerana dah terbiasa berada di 'zon selesa'.aku pon nak cuba buat keputusan yang betul..berfikir masak-masak sebelum buat keputusan..kerana aku dah penat nak menyesal tentang perkara-perkara lepas.sebenarnya..kita sebagai manusia sering membuat keputusan mengikut nafsu dan amarah kita.boleh ke nak ubah?boleh tapi susah..dan benda susah manusia akan cepat bosan.aku harap aku tak....bosan.
Why I English
2 months ago
No comments:
Post a Comment