Friday, April 9, 2010

entomophobia

entomophobia = fobia kepada serangga.

so aku entomophobia.secara terang dan telusnya cockroach-phobic.tapi dah google tadi takde spesific name untuk fobia kepada en.C ni.aku mmg fobia sampai nak menaip 'dia' pon aku tak sanggup.dipendekkan cerita ada la pengalaman ngeri minggu lepas yang nak kongsi kat sini.weekend lepas aku ngan wan nak keluar makan malam.so lepas tgk wayang kami pusing KL terus ke Kg.baru...dan sebagainya tanpa arah tuju nak makan kat mane.akhirnya kami berhenti di salah satu kedai di Kg.baru yang namanya LaLa Seafood.

sebenarnya aku dah lama nak makan kat situ sebab setiap kali lalu kat tepi jalan mesti nampak kedai tu cam meriah and ramai org.lagi satu yang menarik perhatian ialah dia ada cam meja khas untuk 'Desserts' yang cam ala-ala thai like somtam,bubur manis dan sebagainya.so dah puas pusing kami stop situ jelah dah alang2..
Mula-mula sampai kami duduk belah atas (macam pangkin rumah kampung)..pastu hubby ngadu panas so untuk lebih udara kami pindah le kat bawah.tapi kami dah order air dan makan belum.Baru je duduk aku tengok ade couple sebelah meja kiterang huru-hara.awek tu bangun dengan cepatnya sambil menyelamatkan air dia dan lari.aku pelik.rupanya ade lipas naik kerusi dia.owh..saat tu aku ok lagi.oklar...seekor.(sedapkan hati sendiri)
sebenarnya aku cuak jugak lagi2 sbb meja yang kami duduk tu takde tempat letak kaki tu.so..time aku jenguk bawah meja tu..baru aku pasan yanng kat lantai dierang penuh ngan lipas.OMG.ade dekat 6-7 ekor dan itu yang aku nampak.mase tu aku dah tak pk panjang.aku duduk menyenget dan tumpangkan kaki aku atas kaki wan.aku mmg serius dah cuak.aku buat muka kesian kat wan....aku cakap aku tak bole la nak makan camnie.tolong arr...banyak gile.kalau seekor takpe lagi.wan pon kesian so kami pindah atas balik atas pangkin tapi meja lain kali ni.
Baru je duduk...aku letak je tangan atas meja tiba-tiba ade mende terbang atas tangan aku.secara automatik aku tepis.dan dia landing lagi..aku tepis lagi.dia landing atas meja.OMG.apa lagi..bende 'haram jadah' tu lahhhhhh!pastu wan lak tepis dia kebawah.sambil aku tepis tu mmg aku menjerit terkejut la sbb tetibe je 'haram jadah' tu dah ada atas tangan aku.ramai dok usha aku...dem...lepas tu aku dah buat muka dah.aku baru cakap ngan wan "taknak ar makan kat sini.."..pelayan pon sampai hantar air.wan cakap oklah habiskan air pasnie kita blah.okla fine.aku baru nak sedut air teh o ais limau aku tibe-tibe 'haram jadah' tu lalu pulak kat sebelah kayu yang aku landing tangan.ekor mata aku cepat je perasan ade bende hitam bergerak.dem..dem..dem.mase tu aku dah tak boleh blah lagi dah.aku terus bangun and cakap aku tunggu kat kete and terus lari.aku mmg da tak pedulik ngan org.satu kedai usha aku.pedulik hape aku.tak sanggup aku nak berpura-pura cun control malu makan kat kedai camtuh.yer..aku lari.aku mmg freak out giler mase tu.automatik semput aku datang...sial betul la.aku mmg rasa sial sangat malam tu.
Masuk keta aku emo.aku geli geleman.aku masih rasa lagi bende tu landing atas tangan aku.satu badan aku geli.aku rasa cam ada bende merayap rayap.sampai camtu sekali perasaan aku.tapi aku bukan buat2.aku mmg takot ngan 'haram jadah' tu.dari dulu sampai sekarang.perasaan aku takkan berubah.fullstop. so deal with it.aku bukan nak malukan kedai tu..tapi serius aku tak tipu 'haram jadah' tu mmg banyak merayap satu kedai tu.aku pelik camne pelanggan kedai tu leh makan ngan tenang.bukan sekor dua...BANYAK.aku ni bukannye jenis yang nak makan kedai mahal-chantek-standard.gerai tepi jalan pon aku makan.tapi gerai tepi jalan pon tak banyak 'haram jadah' tu macam yang kat kedai tu.hmmm...aku balik dengan perasaan geram dan tension.aku cakap ngan wan aku nak complain kat DBKL.dia takasi.aku bukan dengki sehh....jauh sekali aku nak malukan kedai tu.tapi...ni dah melampauu !!!aku taleh terima ok.pengalaman ni betul-betul buat aku trauma.dem....

1 comment:

Salbiah bt Karim said...

ish, kalo sekor dua leh dimaafkan, di banyak giler. dah sah2 kedai tu kotor, eeeee geli la. sape2 yg makan kat situ mmg pengotor la