Saturday, December 27, 2008

mini gath update

eisk..laki aku feeling tgk cite hindustan. Bobby to be exact. iskk aku pon ikot feeling nih..menari2 ngan lagu dia.pastu sedey pulak..aku malas nak tgk.aku online forum ngan update blog ni sambil meneruskan pencarian 'stroller' idaman aku. hihi.
sambil tu ym ngan yana bincang pasal gath jugak...


btw..buat yang beminat nak gi mini gath tu..bagi la cadangan seperti berikut di komen :-

1. tarikh (weekend @ weekday supaya dpt disesuaikan dengan ke'free'an semua)
2. venue ( kedai makan mane..atau bekumpul dimana dan gerak kemana etc. )
3. confirmation (siapa yang confirm datang dan berminat nak attend mini gath ni..)


note : skang ni ada cadangan jumpa di one utama atas faktor kurang sesak dan selesa.sesape yang naek lrt bole drop di kj atau tmn bahagia dan akan dijemput oleh cik yana. hanya sekadar cadangan...sila utarakan cadangan anda sendiri.thx guys!

Friday, December 26, 2008

gRrrr!

aku stress sebab taktahu pon bahawasanya cik ecah , cik itek dan cik yana ada blog.
arghhhhhhhhhhh!!

Wednesday, December 24, 2008

gathering + reunion

Msg to all..especially Ecah,Yana,Fida,Zetty. Taknak buat gathering kah? Aku sangat rendu korang sehh.Nanti saya dah sarat lagi susah woo...hihi.Ke korang nak melawat aku masa dalam pantang nanti.Tapi tak besh la..nanti takleh ronggeng.hihi.

Sile la bagi suggestion atau komen yang sewajarnya.Kalau boleh taknak la ada yang tak hadir pulak..so kita settingkan masa biar time tu semua free tanpa kesibukan dan benda lain nak buat.Thx !

Monday, December 22, 2008

Phil & Ted's Stroller




1st pic : Phil & Ted's Sport four-in-one baby stroller
2nd pic: Phil &Ted's Sport four-in-one CAMO baby stroller
3rd pic : 4style of using it . Suitable from infant up to 5 years old.
Oh my god.aku rasa cam nak pengsan kali pertama aku tengok stroller ni.Aku taktau aku jatoh chenta ke aku terseksa.Keghairahan aku dibatasi oleh duit poket yang tak berapa tebal.Aku dah pun tgk secara live stroller ni kat First Few Years,The Curve tetapi bewarna biru.It's a bit bulky i must admit tetapi jika warnanya merah ia akan nampak lebih funky dan stylo dan mengurangkan ke'bulky'an stroller ni.Tapi aku tetap suka dengan 4 way style yang memang nampak very very practical.
Mungkinkah satu hari nanti?Pertama kali dalam hidup aku...aku horny dengan benda.hahaha. >:P



Thursday, December 4, 2008

kecomelan drama korea

aku rasa kalau sepupu aku baca ni confirm dieorang akan tesedak.aku dah tersuka tengok cite korea.ape nak jadi dengan aku ni?aku telah tersuka untuk tengok cerita wanted son-in-law 7pm di 8tv.bole tak aku nak memperbesar-besarkan cerita yang hero dia sangat hensem dan kiut.dia nampak lebih kiut dengan muka serius ataupun bile dia buat muka terkejut dengan mulut ternganga.hihi.

aku rasa aku kena memperbesarkan perihal minat aku kepada dia..sebab aku takpenah suke tengok cite korea/jepun especially drama bersiri dia yang cam meleret je bagi aku.aku suke buat muke kalau tgk drama-drama ni kalau kami sleepover di rumah Puan NS dulu.aku tau aku kejam.tapi kini aku telah mendapat balasan yang setimpal.apalah yang ada dengan si mata sepet tuh.oh mungkin jugak aku suka sangat lagu tema drama tu.aku rasa ceria giler bila dengar.aku rasa bersemangat,teruja dan terkesima.mungkinkah aku terlalu banyak dengar lagu-lagu bernada melankoli sampai aku rasa bahagia sangat dengar lagu tema drama tu? mungkin. aku emosional mama yang dengar lagu melankoli.uhuk menyedihkan...

tapi aku tengah senyum sorang-sorang tengok cerita ni.aku suke bila heroin dan hero dia buat muka terkejut dengan mata bulat dieorang.oh ya..mata dieorang tak berapa nak sepet.kenapa ek?dieorang pakai contact-lens diameter besar yang digembar-gemburkan sekarang tu kot.sebab tu dieorang nampak comel tanpa ke'sepet'an.ohhh..tetibe aku rasa bahagia...dan sedikit angau.aku selalu rasa aku akan jadi mama yang gila.atau mungkin gila-gila.

Wednesday, November 26, 2008

Emosional Mummy ?

Malam ni aku beria-iya baca forum kat cari.com.my yang sepupu aku dah lama soh aku baca tapi aku tak baca-baca gak.Memacam lah yang aku baca..nak bersalin kat mane la..pengalaman2 mengerikan kat hospital mane la etc.

hmm...perasaan aku bercampur baur seh.Macam-macam pendapat dan pengalaman orang yang membuat aku stress,sedih dan sugul gak.Ada jugak yang gembira..semuanya berjalan lancar dan sebagainya.

Ada satu part ni aku tersentuh sangat pasal sakit bersalin...ada yang bila nak bersalin suami tiada disisi.mak aih..sedih giler baca cerita dia.Ada jugak yang kontraksi terlampau lama sampai bila suami dia tengok sendiri suami dia cakap ' yang lepasni takyah la mengandung lagi ye..' tp akhirnya mengandung jugak tanpa dirancang.itulah namanya rezeki.Mencurah-curah airmata aku baca cerita-cerita kat forum ni.Aku jadi sedih giler..terus aku pegang perut aku..ckp2 dengan baby aku.Aku akan cube jadi ibu yang baik untuk dia..kalau aku lahirkan dia nanti,dia kena jadi anak yang baik.Tersedu-sedu aku menangis.Memang rasa emosional betul malam ni.

Masa alahan aku teruk haritu aku memang tak boleh makan lansung..aku menangis..pastu aku tengok mata mak aku berair dan dia cakap 'jangan la nangis..bukan senang nak mengandung ni.Ada orang bile mengandung kena alahan teruk terus cakap lepasni taknak mengandung lagi tp rezeki siapa yang tahu'. Mungkin benda-benda yang dilalui ni lah yang membuat kehamilan dan kelahiran tu satu proses yang mengharukan dan tak mungkin dilupakan..

Betapa takutnya kita pun kita kena tetap jugak lalui pengalaman mengandung dan bersalin tu.Bila dah besar ni baru teringat dulu zaman-zaman nakal bile kita melawan cakap mak,degil,kena marah ngan mak sampai mak menangis-nangis ngan perangai kita.Patut la dia sedih sangat kan...dia ngandungkan kita..susah payah lahirkan kita...kita gi melawan cakap dia lak.Bila dah nak jadi ibu ni barulah kita faham perasaan seorang ibu.Memang lembut dan emosional.Doa-doa lah banyak-banyak moga anak yang dilahirkan sihat,soleh/solehah,dengar cakap kita etc.

Amin .

Saturday, November 22, 2008

Tips-tips untuk alahan mengandung.

Tips-tips alahan

- makan benda ringan seperti roti...mudah hadam dan kenyang.

-kalau rasa lapar makan lagi.Jangan sampai lapar balik..sebab asid akan menyebabkan kita muntah.Kalau perut kita kosong kita akan muntah cecair kuning yang pekat dan pahit.Tu mungkin akibat tindakbalas asid dalam perut.(jangan panik)

-Cari minuman yang sesuai untuk kita minum selalu.Cth: ribena,sunkist,goodday orange
Ada orang yang tak boleh minum lansung minuman yang selalu diminum.Macam aku yang tak teransang lansung dengan teh tarik,milo,teh'o.Masa tu kita akan dapati semuanya menjijikkan.

- makan yogurt untuk tindakbalas perut yang baik.kalau tak suka yogurt senang je..bekukan yogurt tu dan makan.Dia akan rasa macam sorbet ice-cream.

- kalau give-up dengan ubat tahan muntah tak payah makan.

- kadang-kadang lepas kita makan something perut kita akan rasa tak sedap dan kita rasa macam makanan tu stuck in the middle.Kita rasa mual nak muntah..seolah-olah makanan tu tak turun ke perut untuk dihadam.Sapu minyak dan berehat.Kalau muntah pun bagus kita akan rasa sangat lega.

- Jangan takut dengan muntah walaupun memang memenatkan asyik muntah je.Tapi kadang-kadang lepas muntah kita lega ya amat.Perut pun selesa.

- Jangan makan asam,mangga muda kalau perut betul-betul kosong.Angin akan tendang balik makanan tu keluar.Alas perut dulu dengan makanan seperti roti.

- Makan spirulina.ni tips yang paling efektif lah.Selain sifatnya yang alkali dan boleh neutralizekan asid perut..anak anda pun dapat khasiatnya. 2 in 1.

- Dan...hero of the day ialah....'Minyak Cap Kapak'.Sentiasa lumur ke perut..hidung dan kepala kalau rasa tak selesa.Cuba berehat dan tidur.

- Elakkan makanan berkuah,bersup sebab akan rasa mual dan bila muntah kita akan rasa trauma.huhu. Cth: tomyam,sup ekor,maggi kari

- Jangan makan jeruk.very asidic. terlalu tajam untuk first 3 months.

- Jangan minum air tebu dan air kelapa. (first 3 months)

- Jangan minum air gas..kalau mengidam buang gas dulu dan minum buat rasa jek bukan sampai kenyang.

hamil + alahan + minyak cap kapak =)

Phiew....it's been a while huh.Ok ok so ada jugak orang tertanya-tanya kenapa aku tak update blog.Alasan yang paling kukuh ialah...seminggu selepas raya aku sepatutnya pergi keje lah for the first time.Tapi hari pertama aku tuh pelik sangat, aku jalan je aku rasa nak pitam and terjatuh.Tak dapat menumpukan perhatian aku pun balik ke rumah dan mencuba....'the thing'.Bayangkan...perasaan yang berdebar-debar menanti line merah pertama muncul di stick yang bewarna putih tu...Oh ok satu je merah.Tunggu punya tunggu lagi...tiba-tiba je terbentuk satu lagi line merah.Oh tidak..aku panik.Cemane ni ha?Airmata aku mengalir lak tiba-tiba..aku taktaulah antara sedih dan panik.
Aku msg sepupu aku sebab terlampau panik.Dia call aku dan tenangkan aku.Aku call suami aku..dia suka ya amat..kalau boleh aku tengok dia lompat dalam phone tu kompem dah tekinja-kinja.Tapi aku maintain panik.Iskk..memang tak boleh nak fikir apa-apa dengan betul masa tu.

Glossari

the thing = pregnancy test
1 line merah = negative
2 line merah = positively pregnant

* * * * *

Hari-hari seterusnya berlalu dengan penuh kepenatan.Aku rasa teramat penat sehingga satu-satunya aktiviti yang aku lakukan adalah baring dan tidur untuk mententeramkan emosi yang kacau bilau.Aku mula muntah banyak kali sehari sampai badan aku jadi lembik.Aku tak daya nak makan apa-apa pun...lansung takda selera.Dan samada aku makan atau tidak aku tetap akan muntah.Aku makan ubat tahan muntah pun aku tetap akan muntah.Aku mula fed-up dengan alahan aku yang sangat-sangat teruk.Semua orang kata alahan ni akan berterusan sampai bulan ke-3.Ya Allah...tuhan aja yang tahu macamana aku nak berhadapan dengan semua ni untuk 3 bulan.Aku hanya mampu terperap dalam bilik..aku nak turun bawah pun tak larat.Aku mula bosan nak makan...mungkin bukan sebab aku tanak makan..tapi sebab apa yang aku makan akan membuat aku muntah balik.Orang kata alahan atau 'morning sickness' ni keturunan...tapi mak aku kata dia mengandungkan aku takda apa-apa alahan pun.Entahlah..tak semestinya kot.Lain orang lain gayanya kan.

Pada masa melalui alahan yang teruk di bilik tidur...ramai jugak yang dah tahu berita kehamilan.Ok masa ni memang stress sangat sebab kita dah la tak dapat handle diri sendiri dengan muntah whatsoever tu kan..pastu kita akan dapat nasihat-nasihat yang berguna tapi sangat annoying at that point bagi kita.Oh..kena makan telur banyak-banyak tau..hari-hari...good for the baby brain...kena makan banyak daging..bla bla bla bla bla.Kita akan rasa nak sepak je muka orang tu sebab kita pun nak makan kalau kita BOLEH makan.Masalahnya sekarang TAK BOLEH makan.faham takkkk??Errghh!Memang stress.Pada masa ni jugak semua orang akan kata dia faham kita...dia faham keadaan kita.Tapi tak..kita takkan boleh terima sebab dia tak faham keadaan yang teruk masa tu!!

So..orang yang mengalami gejala alahan yang teruk macam yang aku alami akan mengalami kemurungan yang teruk jugak la.Most of the time kita akan sedih dengan keadaan diri kita...kadang-kadang kita akan rasa menyusahkan orang especially suami kita.Dia yang kena siapkan makan pakai kita...bersihkan muntah kita...angkat kita bila kita tak larat...pujuk kita untuk makan etc. Kadang-kadang kita lupa...tapi dia lah yang sentiasa bersama kita.Masa jadi macamnilah baru kita dapat menguji tahap kesabaran insan bergelar suami.

Bila kita mengalami alahan tu baru kita terfikir yang sebenarnya apa yang kita rasa dan alami lebih penting dari apa yang orang lain fikirkan.Macam aku...mungkin orang pelik macamana aku boleh duduk tidur je dalam bilik sambil tengok tv.Hidup aku dalam bilik aku dan katil aku.Orang mungkin boleh cakap 'tak penat ke asyik tidur je...'.Kadang-kadang kita akan rasa sensitif sangat tapi elok abaikan je suara-suara macamtu.Anggap je macam tak wujud.Kita yang rasa bukan mereka.Kalau badan kita ditahap normal..nak ke kita duduk terperap baring je dalam bilik macam orang sakit?Sebab kita sakitlah kita baring macam orang sakit kan.Duhh.Dahtu kalau dah tak makan...badan lembik..satu badan bau minyak cap kapak 24jam takkan nak keluar pergi clubbing pulak.Mungkin orang-orang sekeliling kita ni niat baik nak tengok kita bangun..ceria..normal.Tapi ada sesetengah keadaan yang kita tak boleh jadi normal.So..let it be lah.

Disaat aku menaip nih..kandungan aku dah pun 3 bulan.Aku dah jarang sangat muntah..aku akan muntah kalau perut aku kosong.Aku dah boleh makan nasi for this few days.Alhamdulillah..betapa bersyukurnya aku.Selama ni aku hanya boleh jamah roti ngan pastry je.Barulah boleh nak on komputer..nak type blog..nak online..baru lah selesa!Badan pun dah tak letih macam dulu cuma kalau berjalan cepat penat.?Yang tak beshnya semalam mak aku dah tanya bila nak pegi kedai balik.Iskk..boring betul lah.Aku malas lee nak ke kedai and jumpa orang semua.Aku penat la nak dengar nasihat itu dan ini.Hehe.

So..bukan senang nak bergelar seorang ibu ni.Banyak rintangan yang perlu dihadapi mentally and fizically.Ibu yang mengandung dan keadaan sekeliling yang banyak memberi ransangan dan impak kepada anak kita nanti.Jadi dari mengandung lagi kita dah boleh pilih positif dan negatif nya anak kita apabila dia menginjak dewasa nanti.

Monday, September 22, 2008

Selamat datang ke dunia baru...


Isnin lepas sewaktu diklinik aku dapat mms dari nombor yang tak dikenali.Oh tiba-tiba aku jadik cuak.Mungkinkah sepupu ku sudah beranak?Huh aku membalas nombor itu..dan ternyata ia benar.Telahan aku tak silap.Rupa-rupanya mms tu datang dari nombor suami sepupu aku.Wahh..sepupu aku mengandung pon aku masih tak percaya inikan pula sudah melahirkan?Ya Allah..bagai satu keajaiban yang nyata.

Lihatlah diatas ni..betapa comelnya makhluk tuhan yang satu ni.Dikandung selama 9 bulan dan akhirnya keluar juga dia melihat dunia.Perasaan aku bercampur baur antara teruja dan terharu.Sepupu aku yang aku kenal sejak kecik lagi..membesar bersama..menangis tertawa berkongsi suka duka dan citarasa.Saat dia nak melansungkan perkahwinan pun aku masih tertanya-tanya...benarkah semua ini.Sesudah itu..mengandung pula dia...aku masih terpinga.Dan kini selamat melahirkan bayi tercinta.Subhanallah...cepatnya masa berlalu.Kami semua sudah menginjak dewasa dan bekeluarga.Masa yang lalu takkan terulang kembali..cuma kenangan akan kekal abadi antara kita.

Aleen dan Ziq!Jangan lupa doakan aku dan Basha cepat dapat rezeki menimang cahaya mata ye?Nanti semoga anak-anak kita pun akan rapat dan mesra sebagaimana kita dulu.Ah..terlampau banyak suka-duka yang kita jalani bersama..!Oh aku jadi rindu kenangan dulu....


p/s : baby tu nama dia Dania Qistina.cute kan?ahh..jeles nie.

Wednesday, September 17, 2008

Hey Si Lembut Glamour..

Aku terpempan didepan skrin kerana taktau nak menaip apa.Sekian lama aku tak mengupdate blog,oh 16 hari berlalu tanpa aku dengan cerita-cerita terbaru dalam blog.Alangkah ruginya..mungkin jugak kerana setiap kali Ramadhan tiba waktu hidup aku akan bertukar 100peratus.Siang tidur malam berjaga.Sebijik macam kelawar,drakula,pontianak dan juga maknyah.Tak betul tu?Ahh..tapi tidur siang memang tak pernah memuaskan hati.Sampai sakit-sakit belakang dibuatnya akibat tidur melampau tapi nikmatnya tetap takda.Dengan mimpi pulak yang bercampur baur...sesak dada dibuatnya...mood pun hilang tiba-tiba.

Aku,suami,pekerja suami dan anak saudaraku Nabila ada hobi baru bulan puasa ini.Selesai kami tutup kedai lebih kurang pukul 3-3.30am...kami tahu mana destinasi nak dituju.Huh..Lorong Haji Taib.Kami suka je pusing lorong tu sambil melihat pondan-pondan glamour dan vogue the vass!Dan mereka pun memang suka dipandang.Fuh..memang bermacam rupa dan gaya tak usah dikata.Sekarang makin lama makin modern.Yang pakai bikini tutup itu dan ini sahaja pun ada.Yelah..walaupun palsu...tapi still kan...bende tu terlampau obvious dan subjektif untuk di
reveal tak tentu hala.Ada jugak yang menari tarian menggiurkan ala-ala chicks dalam videoklip hip-hop.Huhu..memang menggetarkan jiwa..

Dua tiga hari jugaklah kami buat kerja gila datang ke LHT untuk tengok kehidupan kupu-kupu malam dan nyah-nyah tu..tapi kami tak pernah turun kereta.Cukup satu round kami pun terus pulang.Tapi ada suatu hari tu kami pun parking kereta dan portkan diri kami dekat mapley berdekatan.Memang dekat habis lah untuk perhati habis-habis kehidupan si lembut glamour nih.Memang bermacam ragam mereka tu.Ada yang comel...ada yang bende tu tersembul macam Pamela Anderson...Astaghfirullahallazim.Ada jugak yang tengok dari belakang badan tegang dan solid..kaki macam model catwalk..bontot macam JLo...sekali pusing depan...Aduhhhhh!Tuhan aja yang tahu... Gaya memancing pelanggan pun bermacam-macam...ada yang gedik menggoda tak kurang jugak yang memaksa.Kalau harga kena gayanya...adalah yang berangkut naik atas bilik disepanjang lorong yang sunyi dan kelam tuh.Tapi ada tu yang 10minit dah service kot?Eisk..jantan tu turun buat muka seposen dan pondan tu boleh turun balik nak cari customer second-round.

Ishh..aku taktaula perasaan aku masa tu.Memang la seronok..tapi takot dan bercampur baur.Aku rasa macam penyiasat pun ada..macam wartawan majalah atau TV yang nak bongkar cerita hot disebalik lorong gelap pun ada.Owh..yang paling tak boleh lupa bile tengok ada pondan lari bila kena kejar..mungkin mereka dapat maklumat ada rush kehape tah.Mak oi..langkah seribu...terus angkat skirt dan lari macam jantan masuk marathon.Haha..takde dah tangan yang longlai dan gaya lemah-lembut yang dibuat-buat tu.

Sebenarnya yang menyesakkan dada aku cuma satu je...malam tu sepanjang pemerhatian aku di mapley tu..kebanyakkan orang yang lalu lalang naik kereta untuk melihat(jalan tu one way) dan kebanyakkan orang yang melanggan tu ialah...lelaki MELAYU.huh..aku rasa bersyukur sangat aku dah kawin.Tapi kenapa eh majoritinya memang begitu?Menakutkan...urusan jual beli berlaku dan muka dieorang toya je.Lansung tak sinis dengan pandangan masyarakat atau orang sekeliling yang serong.Eeyeww...muka hensem tapi layan bontot?Nampaknya perempuan sekarang memang kena berhati-hati benar mencari pasangan.Manalah tau pasangan rupa-rupanya sukakan benda luar tabii..depan kita nampak elok saja.Kalau tak percaya pergilah ke LHT dan buat penilaian sendiri...

Lelaki......kau kata kau benci..padahal kau memang sudi...Arghhhh!

Saturday, August 2, 2008

Cinta

Apa itu cinta?Cinta itu wujud dengan kehadiran perasaan yang bercampur baur.Manis,masam,pahit,kelat semua terasa.Tanpa ia tak lengkaplah cinta,tak bernyawalah ia.Dan separa sedar kita jarang mengakui yang sepi,sunyi,derita dan bahagia datang selari dengan cinta..

Sepi dan sunyi memang tak dapat lari dari hati kita.Bagaimana kita bahagia dan ketawa sekalipun rasa sunyi sesekali bagai datang menyinggah dihati kita yang sepi dan sendiri.Tak ramai yang tahu bagaimana rasa kesepian yang mendalam mampu memberi impak yang sangat menekan perasaan dan jiwarasa.Hidup dirasa bagai seorang,hati cemburu dan benci melihat orang yang berpasangan dan berkasih sayang.Kadangkala dunia dirasa gelap gelita bagai tak bermakna,bahkan ada yang hilang kepercayaan terhadap yang Maha-Esa.Begitulah penangan cinta yang memberi seribu makna dan tanda-tanya untuk orang yang belum merasa.Kesunyian bagaikan derita tanpa suara.

Cinta sebelum mengalami percintaan adalah lebih kepada sebuah tanggapan dan persepsi semata.Siapa yang sanggup untuk kedepan,sedar dan percaya yang cinta itu penuh derita,tak semestinya bahagia dan berdua.Kita lebih suka jalan selamat yang menggambarkan cinta sebagai bahagia,sentiasa gembira dan penuh makna.Sedangkan semuanya datang secara total dan tidak terbahagi.Tetapi mentaliti tentang cinta selalu hanya yang indah-indah belaka.

Cinta membuat seseorang lupa dunia.Hakikatnya cinta adalah sebuah kegilaan.Tiada orang yang bersikap normal dalam menempuhi alam percintaan.Kita membuat perkara tak masuk akal,melukakan hati orang yang kita sayangi,kita lupa diri dan segalanya.Semuanya jadi kurang penting kerana kita dilamun cinta.Kerana cinta kadangkala yang haram kita halalkan,yang pincang kita luruskan dan yang lara kita gembirakan.Cinta memberi kita semangat untuk hidup.Kita terasa dibuai walaupun sesekali malapetaka datang menyinggah tiba.Walau kadangkala hubungan yang terjalin adalah terlarang atau bakal gagal,kita tak pernah putus asa,Kita jadi tak dapat mengawal diri.Hati kita jadi mati atau kita sengaja buat-buat tak peduli.Tak bersedia rasanya menerima hakikat diri bakal sendiri tanpa cinta.Maka dengan itu dengan relanya kita makan hati untuk hanya memiliki sebuah cinta untuk diri sendiri.


Kita jadi tamak dan mementingkan diri sendiri demi kepuasan nafsu cinta.Cinta menuntut pengorbanan yang amat mendalam.Kalaupun tidak kita yang terluka orang-orang disekeliling kita yang memendam rasa.Mereka menderita atas segala kepahitan yang kita maniskan penuh palsu.Diwaktu itu segala nasihat dan teladan kita telan dan endahkan.Secara azalinya sebagai seorang manusia,kita memang tidak dapat lari dari dicintai dan mencintai.

Kita semua nak lebih dalam hidup.Kita mahu lebih kehidupan,lebih wang,lebih cinta dan kasih sayang dan lebih segalanya.Tapi kadangkala kerana terlalu mahukan lebih segala,kita selalu berakhir dengan tiada apa.Mata kita jadi buta,telinga jadi tuli secara tiba-tiba.Kita jadi emosi dengan kata-kata yang menghalang cinta.Kita abaikan orang lain untuk cinta palsu itu.Sebagai manusia kita akan selalu membuat keputusan dalam hidup kita.Kita selalu menyangka kita tiada kena mengena dengan orang sekeliling.Tetapi kita silap kerana setiap gerak langkah dan keputusan kita sebenarnya juga memberi impak kepada orang lain dari segala sudut dan segi.

Secara senyap kita menjadi kejam dan tak berperasaan.Kita buang orang lama untuk sesuatu yang lebih segar dan baru.Untuk seseorang lain yang kita berasa selamat,seronok dan teruja untuk dicintai.Untuk dia yang membuat kita gemuruh bila bersama,yang memberi cabaran baru untuk mendalami seorang 'beautiful stranger'.Semuanya indah hingga diri sendiri pun berubah.

Untuk semua yang bercinta,pernah bercinta,kecundang dalam cinta...kamu lebih tahu.Untuk yang belum mengenali cinta...sesungguhnya cinta itu lebih dari yang kita tahu.


nota kaki : Cinta mempunyai dimensi berbeza bagi orang yang belum bercinta,sedang bercinta,gagal dalam cinta,dan berkahwin atas dasar cinta.Cerita diatas adalah untuk mengkonklusikan cinta dari semua aspek walaupun tidak secara sempurna.Bukan cinta yang tidak sempurna...tapi kita sebagai manusia.

Monday, July 7, 2008

sepi,sunyi dan emosi

Selagi kita bernama manusia aku rasa kita takkan dapat lari dari perasaan-perasaan pelik yang mencengkam kita disaat kita tak perlukan perasaan tu datang.Tapi orang lain lebih perasan tentang kita dan kita pon menyampah dengan pandangan orang lain lantas men'cop' mereka si-busy-body.
Bayangkan...adakalanya semua di keliling kita cukup sifat dan nyawa,riuh rendah tetapi tanpa kita sedari kita sepi sekali.Kita meratapi keadaan penuh emosi itu sendiri.Kita berasa tidak mahu diganggu walaupun oleh orang-orang yang sayangkan kita,yang kisahkan kita.Kita jadi selfish.Hati kita jadi keras macam batu.Bagi aku setiap orang ada waktu-waktu sepi dan sunyi mereka sendiri.Kita jadi emosi dan tak dapat mengawal diri.Tapi biarkanlah benda ni berlaku sekali-sekala.Kalau dah selalu confirm boleh jadi gila.
Tapi pelik juga..ada orang yang emosional dengan sesetengah individu saja.Dengan orang lain normal lah pula.Split personality kehapa?Tapi aku rasa aku ni lain sket..aku ni cepat terbawa-bawa.Kalau aku emosi dengan seseorang..orang lain pun pasti terkena tempias emosi luar jangkaan.Kadang-kadang aku ni boleh jadik macam bom masa yang boleh meledak bila-bila.
Dari dulu orang cakap aku emo.Kadang-kadang aku jadik lebih emo dengan orang yang cakap aku emo secara melulu.Aku jawab begini pun dikata emo,jawab begitu pun dikata emo.Oh..manalah tak bertambah-tambah emo aku yang sudah emo.Emosi ni memang berkait rapat la dengan sepi dan sunyi.Bila seseorang tu sepi dan sunyi...maka datanglah emosi.

Tuesday, July 1, 2008

Majalah Eh!/Kata Wanita -Normal is Boring



Petang sabtu yang agak membosankan mendorong aku untuk ke Carrefour.Selera mengidam sushi california roll salah satu faktor besar untuk kesana.Setidak-tidaknya ada tujuan.Kedai pertama yang dituju sejurus menapak ke lantai dari elevator ialah kedai buku.Oh..majalah Eh! baru dah keluar.Tangan pantas menggapai dan menghulurkan duit tanpa rasa untuk menyelak-menyelak.Entah kenapa.Setelah selesai mencuci mata menawaf satu Carrefour dengan beg plastik mengandungi sehelai tudung dan sekotak sushi..dan sebuah majalah..kaki pun menghayun menuju arah pulang.
Selesai urusan di kedai..didalam perjalanan pulang sambil memandu tiba-tiba hati teringatkan majalah yang dibeli.Oh..ingatkan sempat tengok majalah secara cepat tapi entah kenapa semua lampu lalulintas hijau semuanya..seolah-olah menidakkan keinginan.Tapi kalau dah namanya degil..aku pun bertindak secara 'armed and dangerous' dengan sebelah tangan memegang stereng kereta dan sebelah lagi cuba mencapai plastik majalah di tempat duduk belakang kereta.Sambil membawa kereta sebelah tangan laju menyelak majalah terus dibahagian belakang...terus terhenti di bahagian 'Kata Wanita' .Dup...dup..dup...jantung bagai mahu terhenti bila mata terhenti di tajuk 'Normal Is Boring'.Oh my goodness!Macam tak percaya artikel yang aku hantar akhirnya keluar jugak!Aku menjerit sambil tergelak-gelak dalam kereta sorang-sorang dengan reaksi tak percaya apa yang dilihat.Orang confirm akan kata aku gila...haha.
Balik..aku terus jumpa suami terchenta dan cakap ada suprise!Aku tunjukkan majalah tu sambil melompat-lompat macam perempuan gila.Suami aku gelak and senyum je tengok gelagat aku yang memang gila.Oh..dia cakap dia bangga dengan aku.Dan aku pon bangga dengan diri sendiri sebab artikel aku yang tak seberapa tu terpilih masuk majalah popular Malaysia.Oh walaupun satu mukasurat je tapi peritnya tuhan aja yang tahu betapa aku mengharap.Sebenarnya aku dah pernah hantar artikel yang sama dulu..tetapi mungkin editor terdahulu tu tak berminat.Tajuk asal artikel aku ialah 'Orang Bisu + Lelaki Batu'.Terlampau awkward kot untuk sebuah tajuk.Beberapa bulan lepas aku hantar sekali lagi kat editor yang baru.Aku tukar tajuk artikel kepada Normal Is Boring.Tak lama lepas tu aku dapat email dari editor Eh! yang berminat dengan artikel aku tu.Masa tu punyalah teharu-seronok-teruja-terkinja kinja nya aku hanya tuhan yang tahu.Tapi dia suruh aku panjangkan ke 900 perkataan dan hantar dengan cepat.Aku pun balas dan mengharap.Aku ada jugak email-email dia tanya jadi ke artikel aku nak dipilih.Tapi email aku tak dibalas lagi..mungkin dia pun bosan nak layan aku.hehe...
Aku mengharap sangat masa tu..menjelang awal bulan Jun hari-hari aku pergi kedai mamak dekat rumah aku ni semata-mata nak tengok Eh! dah keluar ke belum.Akhirnya keluar juga dengan muka Maya Karin yang meletup tu sebagai cover.Arghh...tapi punyalah kecewanya aku saat aku menyelak bahagian Kata Wanita bila aku melihat artikel orang lain disiarkan.Dalam hati aku berkata...aku ni memang takda peluang.Masa pun berlalu dan mengubat sendu.Sedar tak sedar dah nak masuk bulan baru.Rupa-rupanya rezeki aku di bulan Julai.Siapalah sangka kan..Tiba-tiba aku jadi sedar bila kita kurang mengharap dan memaksa rezeki untuk singgah pada kita...ia datang jua tanpa dipaksa-paksa.Mungkin begitu juga cinta.Kalau sayang harus dilepaskan..kalau kembali bercanda rialah dengan cinta yang menjadi milik kita.
Semoga aku mendapat inspirasi untuk terus-terusan menulis di waktu hadapan.Walaupun hanya satu muka...aku terasa seperti impian lama yang dulunya kabur kini sudah tercapai.Mungkin kita patut mengikut kata hati kita,kesukaan kita dan cinta hati kita.Dengan itu semuanya akan terlahir sendiri dari hati tanpa dipaksa-paksa.


p/s: untuk semua..bagilah sokongan dengan membaca artikel ku.bagi feedback kalau perlu..segala komen dan tunjuk ajar amat dialu-alukan.Oh ya..artikel tu ditulis awal tahun 2004 so ade certain parts yang agak pelik especially the ending.Masa tu zaman-zaman sepi dan single...have fun reading.Peace.


Majalah Eh! Julai 2008
Cover : Awal,Syamsul Yusof,Juliana Evans,Qushairi
Bahagian : Kata Wanita (pg.200)

Tuesday, June 24, 2008

perempuan emosional malaya.

aku rasa aku ni emosional lah.memang lah aku ni emo tapi aku dapat rasa aku ni lebih emo.arghh..bole tak aku nak cakap aku emo lepas dengar lagu kat mp3 aku ni.aku emo giler dengar lagu Teacher's Pet-Warisan Wanita Terakhir.Macam syahdu giler rasanya lagu tu.macam ditujukan kepada aku dan wanita-wanita lain oleh seorang misteri.Kalbu aku macam tersentuh.Airmata macam nak mengalir tapi tak pula.Mungkin aku sebak...itu kot perkataan paling sesuai?
Oh tak.Mungkin aku..syahdu,sayu dan sebak.yer..yer 3s tu menggambarkan perasaan aku.Oh pastu dengar lagu Bonnie Tyler- Total Eclipse Of My Heart pon aku sedih.aku ni memang totally emo betul la.Tak patut lansung.Eh eh..tapi patut dengar tau lagu tu cemane penyanyi dia cam merengek-merajuk-mengada-sedih-kecewa.Ha..itu ar yang buat aku emo sangat.Rasa sedih bebeno.sekali lagi aku rasa nak menangis tapi tak jadi.
Aku rasa benda-benda ni ada kaitan dengan mood aku yang kacau bilau 2-3 hari ni.Aku perasan aku jadik pemarah tak tentu pasal sebab...all the things around me doesn't seem to work out.Setahu aku..aku ni marah macamane pon masih ada sifat pemaaf dibelakang tabir..tapi entah kenapa aku rasa macam aku tak patot ada sifat tu lagi.Orang lain terlampau kejam kat aku.Aku dah penat jadi orang baik siot.Aku dah penat nak berkawan ngan orang yang tanak kawan ngan aku.Aku dah penat nak hargai orang yang tak hargai aku.Aku dah penat untuk berasa teruja berjumpa dengan orang yang taknak berjumpa dengan aku.Ya..mungkin aku yang beriya-iya.
Untuk sekian kali setelah sekian lama...aku gagal mengawal diri.Nasib baik ada suami disisi.Juga Puan NS yang baik hati.Maafkan aku semua..jiwa ku kacau.

Saturday, June 14, 2008

Here in my home

I found something that made me smile today.I've heard it several times through the radio but it didn't really caught my attention at first.I almost thought it was an international hit single from the all stars of american artistes maybe.But then i realize that the voices in the song sounded so close to my heart,almost familiar i shall say.

Today i decided to find and download the song.But i end up watching the video that soothes me inside.The video actually makes me smile....And i hope you're smiling too.Let's just put aside our differences and unite for once.Despite our nationality,race,religion etc. we are so very the Malaysianlah!

Peace..Love..Unity

Thursday, June 5, 2008

Jenama dan kita

Separa sedar aku perasan yang aku tunggu sehingga umur 23tahun untuk memiliki sebuah beg yang betul-betul berjenama.Beg Guess sempena harijadi yang ke-23 dari suami tercinta.Bukannya diri sendiri tak mampu nak beli tapi setiap kali berduit dan berangan-angan nak beli pasti simptom yang sama berulang lagi.hehe.. Kaki melangkah je masuk kedai mesti hati akan rasa berat,duit akan terasa sayang nak dikeluarkan,hati jadi liat nak membeli.Purse bagai hilang dalam bayangan atau buat-buat fokus yang purse tetinggal kat rumah atau poket terjahit sendiri secara automatik.ahaha gilalah!

Dulu merasa jugak nak pakai jam tangan Swatch waktu Form 1.Entah betul-betul teringin ataupun pengaruh persekitaran dan rakan sebaya di sekolah yang cukup kuat waktu tu.Sekolah swasta dan dikelilingi anak-anak 'lord' buat diri terasa nak bersaing dengan mereka..sedangkan siapalah kita ni.Tak sedar diri awak tu orang biasa-biasa saja.Masa tu tak silap jenama Baby-G baru keluar dan tengah meletup-letup macam bunga api di malam Merdeka.Ah ye..lagi satu masa tu trend bawak barang dalam paperbag memang tengah 'in' kat sekolah.Walaupun kekadang bawak air sebotol je,tapi demi nak bawak paperbag , botol pun botollah!Yang penting ada mata yang akan melirik dan melilau tengok paperbag yang dijinjing tulisan apa,gambar apa dan...BRAND ape??

Bila dah dewasa ni macam-macam trend muncul dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni.Especially for girls,trend yang menjadi ikutan ramai gadis-gadis ialah jeans denim Levis lady's , beg berjenama Guess dijinjit secara berleluasa di tangan,kegilaan terhadap kasut multi color dan design semestinya dari Vincci.Permulaan pencetus trend revolusi inilah yang menerbitkan tarikan terhadap jenama-jenama setaraf yang lain untuk menawan hati gadis-gadis Malaysia ni.Pelbagai jenama dibawa masuk atau diilham sendiri di Malaysia kerana permintaan yang tinggi.Dengan itu muncullah pulak jenama seperti Nose,Forever21,NineWest etc. yang membuat awek kota metropolitan macam aku ni untuk jadi obses dan bergoncang jantung seketika.Ahaha..mana taknya..koleksinya da bomb tapi poketnya kosong!

Untuk yang rajin menyelak majalah pasti dibayangi dengan jenama2 mewah macam Coach,LV,Tods etc. dan teringin sangat nak memilikinya tetapi tak berapa nak mampu la pulak.(seperti diriku..hehe)Aura barangan mewah ni susah nak ditakfisrkan dengan kata2.Walaupun ada yang mempertikaikan keberbaloian membeli jenama2 ni tapi mutu dan kualitinya melalui pelbagai proses quality-filter dan perlu mencapai spec2 tertentu sebelum dibawa ke pasaran.Secara jujurnya kebanyakkan orang mula menggali info tentang jenama2 ini KERANA pasaran tiruan atau replica yang bersepah di pasaran.Perbandingan melangit antara harga sebenar dan replica salah satu faktor tidak ramai yang memilikinya sekaligus menjadikan ia lebih rare,exotic dan luxurious.Ia taklah semata-mata lambang kemewahantetapi lebih kepada usaha,kesungguhan dan keterujaan kita untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk memilikinya.It takes a lot of effort,enough said.Ia juga aset untuk menaiktaraf diri sendiri.Kita rasa teruja dan bangga memiliki barang yang diidami lalu memuncaklah keyakinan diri.

Memiliki product yang genuine sangat membantu dalam meningkatkan self-esteem diri.Macam aku sendiri aku tak memiliki tapi aku merasai.haha.Dapat membezakan LV asli dan tiruan sudah cukup bagus.Tak perlu minta lebih lagi.In one sense,pemakai genuine product nampak lebih true dan sexy di satu aspek.Genuine products boleh dibezakan dari segi kemasan dalaman,warna,material,logo dan trademark tertentu.

Betullah kata orang barangan mahal ni semakin lama menjadi semakin cantik dan vintage.Aku sendiri penah melihat orang membawa beg LV yang sudah lama dibeli mungkin kerana warnanya menjadi semakin gelap hari ke hari tapi menjadi aset yang absolutely vintage!Semakin tua semakin digilai.Memang punya aura tersendiri.Alah membeli menang memakai.Tepuk dada tanyalah diri kita.


Wednesday, June 4, 2008

Tiramisuku.

aih...lama sudah tak tulis blog.kekadang nak curi2 masa pun tak sempat sebab bila balik kerja terlampau letih sampai tgk tv pun tv yang tengok kita balek.banyak yang berlaku sepanjang minggu lepas.Daripada kekecohan melaksanakan tugas sehinggalah kekecohan membuat tiramisu untuk kali ke-2 tetapi perasaan yang lebih becampur baur.Entah kenapa aku rasa terlampau akward masa nak buat Tiramisu untuk perkahwinan sepupu aku tu.Mungkin sebab kali ni Tiramisu aku tu bakal dirasai oleh sepupu-sepupu terchenta yang juga boleh tahan bakat memasaknya.Dari setengah jam untuk Tiramisu pertama bulan lalu terus menjadi sejam untuk Tiramisu edisi perkahwinan ni.Alhamdulillah,feedback yang diberi sangat memberangsangkan untukku terus dan terus membuat Tiramisuuu! yummie!Tapi aku sendiri agak kecewa lah sebab sponge fingers belah bawah Tiramisu kali ni terlampau basah sebab disoak dengan kopi.Aku sendiri jugak yang tambah sebab Tiramisu pertama dulu sedikit kering tapi kali ni terlampau basah pulak.Tapi diakui Tiramisu Special Edition ni memang lebih berkrim dan lebih hangat dari biasa! haha.Bole jatoh chenta tau sape makan Tiramisu aku ni...tak tipu punya.

Even Puan NS yang telah mencuba resepi Tiramisu menggunakan cream cheese sahaja pon sudah menaikkan taraf Tiramisu buatanku.Ahaha...itula..kan dah kata Mascarpone ngan Cream Cheese jauh beza rasanya.Harganya pon begitu jua!Itu lah yang paling menyedihkan...kalau tak nak jugak aku cuba mengkomersialkan Tiramisu aku ni.Tapi oleh sebab cost yang agak tinggi ia sukar dilaksanakan.Arghh..yang tensionnya lupa nak amik gambar Tiramisu Special Edition ni sebab kiterang tak sedar dari satu suap ke seterusnya dari kul 3 pagi malam majlis..kemudian sambung pulak breakfast pon bantai Tiramisu.Gila tak gila laaa!

Oh sesungguhnya aku memang dah jatoh chenta....Tiramisu..Oh Tiramisu!

Friday, May 23, 2008

sweet tooth

Lamanya tak update blog.Rasa bebal sekejap bila nak mula blogging balik.haha.Last week, secara instant dan tetibenya aku dan sepupuku telah selamat pergi ke kelas cupcake.Wah..tasangka woh.Sebab aku selalu rasa yang aku ni kasar dan terlalu gila2 untuk wat menda2 yang agak detail dan seni macam buat kek,hias kek,jahit-jahitan etc. Tapi entah kenapa sejak dua menjak (bergelar isteri) ni la konon aku tetibe berminat nak buat semua memenda tu.Aku nak belajar wat cupcake lah..nak belajar jahit baju lah..nak belajar jahit manik lah.Sampai laki aku pun pening.haha.Aleen pun pening jugak bile dengar pasal nak gi kelas menjahit tapi bila dengar kelas cupcake terus dia tak pening macam seolah-olah makan panadol actifast yang bertindak serta merta.

Sehari sebelum hari ibu haritu aku tibe2 rasa nak wat kek..konon2 untuk present mak aku lah.Out of nowhere aku jadik teruja nak buat tiramisu.Cerita tentang tiramisu,selama ni aku pandai beli and pandai makan je and aku selalu fikir yang banyak2 kek mesti tiramisu ni antara yang paling susah nak dibuat.Tapi kalau check balik ingredients dia sikit je dan tak susah pun nak ingat kat kepala..cuma satu je yang tak dapat cari yakni Mascarpone Cheese.Kiranya banyak halangan jugak la sebelum aku dapat buat Tiramisu tu.Beberapa minggu sebelum tu aku dimasa lapang pergi kesana sini termasuk pasaraya-pasaraya famous2 ni untuk mencari Mascarpone.Tapi kecewa sebab tak jumpa lansung.Aku hampir2 nak putus asa dah.Kemudian sepupuku bagitau yang dia da jumpa Mascarpone cheese kat Tesco.So apa lagi..aku dah tau kat mana aku pun bergegas dan merembat Mascarpone untuk misi membuat Tiramisu.

Proses buat Tiramisu tu tak lama pun..dalam 30minit je.Yang lama adalah time nak sejukkan dia minimum 12jam dan maksimum 24jam.Lamanya baru dapat merasa nak makan.So pada hari ibu aku yang merasmikan kek tu dulu sebab telampau teruja sangat bukannya mak aku seperti yang dirancang.Hehe.Lepas makan sesudu,aku tetibe rasa teharu dengan diri aku sendiri.Aku berjaya buat tiramisu!!Malah aku terharu berganda sebab Tiramisu aku macam lagi sedap je dari yang aku selalu beli kat z** dan S*.Yang beshnya aku lah yang tukang habiskan Tiramisu tu dalam beberapa hari sebab orang yang duk kat rumah ni semua tak gemar kek kot?Ke aku yang terover aku pun taktau lah.

Papepun aku tengah tak sabar nak buat Tiramisu untuk cousin aku yang bakal kawin pada 31mei nanti.yay!

Tuesday, May 6, 2008

Sepupuku...

Puan Nurul Sazleen...mari kita belajar buat cupcake..belajar jahit baju...belajar jahit manik.Eh banyaknya kita nak belajar?cukup ke masa kita?Hihihi.Pastu kita bukak bisnes..kita join venture dan kemudian kita kumpul duit and beli mini cooper warna hot red! yay!

Monday, April 28, 2008

Wedding Pictures

Saya nak tukar posting ni.Bagi yang dah baca posting lama dan tersinggung,tersalah anggap..harap maaf.I was never complaining about the 6weeks time at all.Macamana bole tibe2 je timbul hal ni?Biarkanlah.Mintak maaf jugak sebab sebut pasal 'NB'.Oklah just a short message from me sebelum disalah intrerpret kan lagi..enjoy the pics and kalau nak tengok live nanti da siap jemput datang umah yer?salam.







Monday, April 21, 2008

Perigi Mencari Timba

Saya bukak MW saya dan terjumpa hasil-hasil karya (kononnyala..) saya yang lama dan yang lapuk masa zaman bebudak dulu.Ahaha..kelakar pun ada juga bila bace..terkejut pun ade jugak dengan ayat-ayat saya yang boleh dikatakan tak menahan jugak.Well..ni ada satu lagi artikel yang saya tulis sendiri berkenaan dengan 'Perigi Mencari Timba'.Saya tak ingat bila saya tulis artikel ni tetapi prototaip yang saya simpan dalam MW adalah betarikh 25/04/2004...uhuk uhuk.4 tahun berlalu begitu pantas tanpa saya sedari dan yang sedihnya jugak...saya dah kurang sangat-sangat menulis.Harap dapat ada masa untuk meneruskan minat saya ni...doakan la yer !



' Perigi Mencari Timba '

Dunia ini tidak adil ataupun saya yang masih berada di kelompok yang sama.Karya ini kesimpulannya mungkin hanya kisah klasik perigi mencari timba.Saya memang gemar menulis di waktu-waktu emosi begini kerana banyak idea yang berkunjung tiba.Tetapi tidak apa-apa,perigi mencari timba dan emosinya saya,saya tetap akan berasa proud apabila membaca semula kisah ini in future nanti.

Kisahnya begini,mengenai seorang perempuan yang meminati seorang lelaki yang digelar ‘comel’.Tidak handsome, Cuma agak cute dan berjanggut.(Oh janggut itu sexy!)Boleh dikatakan minat pandang pertama,ya tidak mungkin cinta.Saye lebih percaya cinta menjurus kepada sesuatu yg lebih holy untuk disebut dan dipakai begitu sahaja disana-sini.Yang pasti..saya lahir kerana cinta.Namun di zaman moden ini,cinta telah banyak berubah.Menjadi lebih canggih,palsu dan bernafsu.Ah,pedulikkan ia!Saya pasti jatuh cinta,tetapi bukan hari ini.Kembali ke cerita si ‘comel’.Saya mesti akui saya amat meminatinya.Hanya sekadar suka-suka pada mulanya.Perasaan saya sudah mati seketika dan tiba-tiba lebih kurang seminggu kemudian dia muncul kembali di tempat saya menolong emak.Aku tersenyum manis dengan secebis harapan.Dan bezanya kali ini,dia dating setiap hari bersama ibu dan kadangkala kakaknya.Ayahnya sakit dan mereka selalu datang melawat.Hari demi hari pun,tidak mengorak langkah apa-apa.Sekadar duduk dan jelling dari pinggiran sahaja.

Dalam hati berkata “Siapalah aku ni,orang cute macam dia mesti tidak akan pandang aku punya!”Mukanya teramat serius sekali,lagaknya pendiam dan dari luarannya ku kira menampakkan sedikit sebanyak hati egois seorang lelaki.Bibirnya tidak pernah memautkan senyuman.Kecewa juga dan hamper putus asa melihat kelauan dia yang kaku dan seperti tiada perasaan itu.Tetapi aku beranikan juga untuk sekadar mengirim salam melalui pekerja lain.Itupun dea mengangguk sahaja,tidak lansung menjawab salam diberi.Kekecewaan ku dengan keegoisannya itu di tahap melampau kali ini.Teramat kecewa malah berniat untuk berhenti setakat ini sahaja.Dan tiba-tiba harapan menjelma lagi.Dalam diam-diam seorang lagi peker emal yang lain berjaya untuk berkomunikasi dengan si ‘comel’.Katanya aku mengirim salam dan jikalau boleh ingin mendapatkan contact number atau sebagainya.Itu semua rancangan pekerja itu dan aku tidak tahu menahu lansung kerana pada waktu itu aku sudahpun dirundung kekecewaan bukan?Dia rupa-rupanya segan selama ini.Sungguh tidak disangka dia akhirnya memberikan business card nya.

Cukup sampai disitu ringkasan cerita walau hakikatnya masih panjang lagi.Tetapi saya masih confuse dan tidak mengerti apakah semua ini kesilapan saya atau keegoan diri si ‘comel’.Kita conclude kan sahaja bahawa selepas itu panggilan telefon yang saya buat tidak menjadi,malah amat menyedihkan.Sinar harapan itu tiba-tiba gelap.Saya terfikir sejenak,adakah dengan mengambil risiko berkenalan dengan seorang ‘beautiful stranger’ itu,kita telah ditakdirkan untuk bercinta dengannya?Yah,mungkin juga dia fobia kerana membayangkan saya dan dia akan bercinta dan kemudian naik pelamin bersama-sama sebulan kemudian.It’s just ridiculous.Apa masalahnya,berkenalan dan menjadi hanya kawan?Seolah-olah dua orang yg saling tidak mengenali antara satu sama lain atau dalam erti kata lain absolute strangers,tidak boleh berkenalan kerana mereka tidah pernah kenal.Jadi untuk apa hendak kenal-mengenali jika memang sudah tidak kenal.Susah juga ya,ajak bercinta lelaki fobia,ajak berkawan sahaja pun macam forbidden pula.Mungkin juga main point nya ialah kerana perigi mencari timba.Perempuan mengejar lelaki.Saya yang mendambakan dea dahulu.
Okay..so pendek kata dia mereject saya.Layanan yang diberi di corong telefon sungguh memualkan seolah-olah ada aura untuk memalukan saya.Mendabik dada dengan ego sendiri dan menunjukkan betapa desperate perempuan seperti saya.Apa salahnya berkata tidak in the first place?Tetapi setelah sampai ke tahap memberi business card dan pabila dihubungi suaranya sumbang seolah-olah saya ini sungguh un-welcomed.Rasa terhina,pelik,marah dan geram bercampur baur.Katakan sahaja jika tidak mahu berkenalan dengan manusia-manusia di dunia ini atau mungkin tidak sudi.Dan kemungkinan dia sudah mempunyai teman wanita/teman lelaki…so fine katakan sahaja ‘Saya dah ada girlfriend’ atau ‘Sorry but im a gay’ .Susah sangat ke untuk menjadi seorang yang decent dan honest?

Penolakan secara gentlemen begitu akan lebih bersopan dan tidak menyakitkan hati.Kalau di reject macam itu,confirm saya boleh terima dengan hati terbuka.Guarantee tak melenting!Tidak tahu la pula jika dia memang gemar bersandiwara swasta.Inilah sebahagian cerita hidup saya yang baru berlepas lebih kurang 3 minggu.Dengan ingin merealisasikan ayat ‘don’t let the time pass you by’ aku tetap telah memberanikan diri sedikit dengan banyak bantuan lain.Tidak berjaya tetapi aku tetap berbangga dengan diri sendiri.Saya telah buat keputusan untuk membuat kesimpulan sendiri supaya dapat menjernihkan hidup kembali tanpa memikirkan masalah-masalah pasir seperti itu.He just couldn’t see the smile on my face.Maka biarkan sahaja.Sampai di sini sahaja kisah perigi mencari timba..tetapi timba itu dah pecah.Akan ku cari timba baru di kemudian hari!

Mistika Si Dara

Ni artikel yang saya tulis pada 2003 dan akhirnya dipublishkan oleh majalah EH! MEi 2004 cover depan Maya Karin diruangan "Tetamu Bulan Ini".Sayangnya masa tu saya mentah lagi dan nama saya tidak disiarkan disebelah artikel tu sebab saya tak bagi biodata saya semasa submit artikel tu thru email dan email saya dulu pun dibagiler@yahoo.com so macamana la majalah yang grand camtu nak siarkan?Heh..memang pathetic.Sayangnya jugak majalah simpanan saya hilang!Memang frust tetonggeng...kalau ade sesape yang sudi jual saya sudi membelinya!Dulu saya tak sibuk macam sekarang jadi memang banyak masa nak menulis..sekarang minat tu masih ada lagi tependam..cuma kena banyak gali gali gali!!Haha..ok enjoy =)


Mistika Si Dara

Betapa aku merindui lelaki itu.Tetapi…kata dan rasa bergaul tak terluah. Pernah kusampaikan sekali dan sudah kutelan kini. Sekarang hanya perlu menatap takdir masa depan. Bait-bait lagu ‘Dilemma’ nyanyian Nelly dan Kelly menjadi santapan yang penuh bererti. Ayatnya tersusun indah sudah cukup mengambarkan perasaanku. ”No matter what I do all I think about is you, even when I’m with my boo you know I’m crazy over you”.Nadanya ringkas tetapi nyanyian penuh bermakna dari seorang perempuan dan terlukisnya hati sang lelaki.
Perempuan memang mudah jatuh cinta. Sebaris kata yang disusun rapi dari mulut sang teruna sudah memadai untuk membuat si dara tak lena tidur.Malam dan siang tercoret mimpi lakonan sang teruna di pentas fikiran si dara.Tetapi…bagaimanakah jika si dara sudah berpunya?( Punya kekasih hati tetapi….still not hooked maksudnya) Para lelaki jangan nak mencari point disini untuk menuduh perempuan suka bermain kayu tiga ya...


Hati perempuan sukar diduga. Adakalanya mereka boleh menjadi pecinta agung dan adakalanya mereka mengecewakan hati umpama jarum nipis menghiris. Merekalah kedua-duanya…..madu dan racun. Bagaimana terjadi seorang perempuan yang sudah berteman tetapi mencintai lelaki lain? Pastinya lelaki itu bukan calang-calang orangnya. Disini inginku berkongsi sebuah kisah,tentang si jejaka A yang telah jatuh cinta pada si gadis B. Si gadis tidak menolak…tidak juga menerima.Cuba bermain kayu tiga barangkali…namun saat hati si gadis mula terpaut pada si jejaka,dia pula menolak dengan alasan mereka tidak sesuai.Barangkali lelaki itu terlalu bosan menunggu si gadis tadi.Tapi si gadis ini tetap tidak berpuas hati,dia telah meluahkan segala rasanya tapi si jejaka tiba-tiba berubah.Hati manusia memang sukar diduga ya….dan si gadis akur dan redha itu bukan jodoh mereka.Tetapi ingatannya tidak pernah luput pada jejaka itu kerana jejaka itu adalah yang paling challenging dalam hidupnya.Agak weird tetapi…who cares.Si gadis menerima orang lain dalam hidupnya…lelaki yang tidak perfect tetapi next to perfect.Someone says to me before “We can never be perfect and no one is ever perfect, but we can always be next to perfect” Lelaki itu memang perfect bagi gadis itu sehingga dia sendiri takut untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu memikirkan yang dia tidak seperfect lelaki itu dan mungkin juga takut tidak dapat memberikan the best of her.
Sudah dating si perfect,jejaka B muncul kembali. Perasaan si dara kembali berkecamuk dan bergelora. Mengapa muncul disaat yang salah? Rasa terbelah dua….antara rindu dan dendam di jiwa.Ternyata si dara merelakan kemunculan semula jejaka tadi…walaupun pergelutan masa silam dan kini menghantui minda. Salahkah si dara?Yang pasti si dara memang gembira dengan kemunculan semula si teruna idaman hati.Namun mengapa mesti tetap terjadi bahawa si dara juga yang terdamba-damba?Si teruna entah call atau miss call tanpa sempat diangkat si dara,bila ditelefon semula….jawabnya acuh tak acuh dan alasannya “Awak ada call saya tak pagi tadi?”Si dara lantas menjawab “tiada pun”.Sang teruna masih tidak percaya lantas mahukan kepastian yang memang sudah pasti dengan jawapan pertama.“Betul?” Si dara hanya menjawab “ya” kembali.Hanya 51 saat bercakap di telefon bimbit untuk sekadar memastikan panggilan telefon misteri di telefon bimbit sang teruna.Si dara ternyata kecewa kerna pabila mendapat miss call dari si jejaka,si dara melompat tak ingat dunia kerna menyangkakan si jejaka merinduinya barangkali.Namun hatinya hampa…mengapa sekeras batu hati si lelaki? Kalau betul rindu bersarang di hati…mengapa tak luahkan saja?Tidak akan digelakkan walau egonya pecah sekalipun hanya sekadar mengungkap rasa rindu.Malah rasa hormat akan lebih bersarang di hati mana-mana perempuan pun jika seorang lelaki lebih bersifat gentlemen lebih daripada mempertahankan ego yang sekadar banggaan…malah kadangkala tidak pernah wujud pun.
Si Dara masih mencari jawapan dalam hidupnya. Ayah dan kakak selalu berpesan…kalau orang perempuan elok mencari orang yang mencintainya daripada mencari orang yang dicintai. Terbukti…kerana perempuan tetap akan jatuh cinta…atau setidak tidaknya belajar jatuh cinta untuk orang yang tidak pernah wujud dalam hidupnya.Seribu satu rahsia masih belum tersingkap dari dalam hati seorang hawa.Perlakuannya mistik dan tidak mungkin difahami kadangkala…mahupun dirinya sendiri. Wahai lelaki…belajarlah memahami perempuan walaupun ia perkara yang sukar kerna ‘A women’s heart is deeper than the sea’.

Si dara masih buntu,mana satu pilihan di hati?Bisakah dia menunggu tembok besar ego lelaki itu runtuh? Atau lari saja ke dakapan prince charming di depan mata?Semuanya masih terbengkalai dan dalam proses mengumpul data mencari jawapan. Si dara yang masih kecewa berada dalam persimpangan antara rindu dan kepelikan yang menyelebungi jiwa.Si dara mengalami self-crisis…something like caught in the middle. Mengetepikan ego diri (perempuan juga ada ego nya sendiri) dara pun mengambil peluang untuk merapatkan diri kembali kepada sang terunanya.Tapi kenapa seolah-olah tidak ada chemistry di antara mereka. Apakah tiada? Tegur sapaan juga tidak menjadi,mungkin dilayan tetapi semuanya tidak seperti dulu lagi dan si dara dan semua orang tau jika sesuatu telah berlaku,everything will never be the same again. Walau seribu kali hakikat cuba diubah…namun ia seperti telah dipateri dalam kitab hidup si teruna dan dara dan walaupun perasaan bergelodak untuk memutar masa…usah bermimpi .It will never happen.Never and ever again. There’s no turning back. Walaupun kadangkala terasa hendak berbisik menangis di telinga sang teruna,namun si dara harus tahu ia memang impossible.


‘ Wish could turn back time,Ask my sins to fly ‘ …tapi ia memang tidak mungkin berlaku.
Si dara terasa diabaikan. Diabai dalam layanan sang teruna yang kata-kata nya tidak lagi mengungkap rasa rindu,malah rasa pelik semakin bersarang di jiwa. Kata-katanya menghiris dan menyakitkan hati tiada sudahnya.Si dara meratap sepi dalam sunyi. Apakah yang hendak dikatakan lagi? Rasa penat dan bosan mula menerjah ke diri si bunga yang sepi itu. Dia sememangnya bosan menjadi orang yang mencintai mencintai dan mencintai, tetapi tidak dicintai. Rasanya sudah melakukan yang amat terbaik tetapi barangkali walau sebesar mana ‘kren’ atau ‘fork lift’ yang digunakan masih belum dapat meruntuhkan tembok ego sang kumbang. Ya..si dara sudah berputus asa. Si dara akan lari….lari untuk diri sendiri dan sememangnya lari untuk dicintai dan bukan lagi untuk mencintai.Semuanya sudah ditakdirkan dan si dara tidak pernah menyalahkan sesiapa walaupun sang teruna yang mungkin tidak pernah mencintainya. Mainan perasaan juga membolehkan seseorang meluahkan perasaan yang bukan benar-benar apa yang dirasakannnya. Mungkin itulah situasi yang dialami sang teruna…Cuma si dara yang salah faham,akibat terlalu obses kepada cinta sang teruna.

Mungkin dara,bunga atau gadis hanya mengalami konflik jiwa yang menimbulkan kepelikan kepada dirinya sendiri dan mungkin juga teruna,kumbang dan jejaka juga mengalami konflik yang kontra daripada si dara. Masihkah prince charming menunggu dara?Ya…semoga dara membuat pilihan yang tepat kali ini.


Wahai sekalian dara dan teruna,carilah diri anda sendiri dan pandanglah dengan mata hati untuk membuat keputusan yang terbaik. Anymore ideas? =)

Wednesday, April 16, 2008

my significant other

Today is my first blog after so long.I've been blogging before for a very long time but it never really last that long because i get bored and stuck up pretty fast.Today im gonna write about my 3 significant others . It's about my 3 cousins...(yes including you Amilia).

All of us are going through a new phase in our own lives right now.Me and Aleen are married..and she's pregnant right now.Basha is busy busy busy preparing for her upcoming wedding this 31st may..and Amy is busy with her new job and new place to get use to things properly.We are all so busy with our own lives that we are growing apart.I send them an 'sms' last week why are we growing futher apart.only 1 replied back.And i got to know today that my sms was misunderstood.The truth is the sms is defining myself too.I too got no time to sms so often or even call or even give you guys a visit.So i am so wrong too,myself.

I notice that we humans receive something from someone but our views on that something varies among each other.We don't see things the way like others do.We all have our own conclusion and interpretation on that something from that someone.Most of the time,we process the message according to our mood.We are humans.Sometimes we get so depressed and down,sometimes we get so lonely,sometimes we are lack of love,sometimes we feel like crying for nothing...etc. We humans are so fragile.We have our own problems and sometimes we need others to be with us to support us mentally and emotionally.But certain people simply keep their problems so deep in their heart that nobody will know their little secret.See..everything in this life about choices of variety.We can never be the same as others eventhough they are your significant other.

All i wanted to say here is i miss you guys so much.Im sorry if im a pusher.What im saying doesn't have to be the same thing that you're interpreting.We are all different in our own way and style.But maybe the variety of us unite us all in the end.Last but not least i <3 you my significant others.Thank you for being with me all the while.